Sawa dee. Khun heeu kao mai? Pom kin leu krap. Chao ni................
oh sori, melalut jauh plak...hahahah

Memandangkan sahabat si Lyrids Melankolia aku dah pun post maka aku xkan mengalah! hahahaha. (tiru format post, kahkahkah)
Isunya adalah berkenaan berita di akhbar bertarikh 06 Mac 2012. Akhbar apa? hampa cari sendiri la. Dah pandai sangat guna google, betoi dak?
Tajuknya adalah.........................................................

Seniman usul tiga cadangan 

"Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) telah mengemukakan tiga usul kepada pihak kerajaan dalam memorandum yang diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz.

Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi memberitahu, tiga usul yang dikemukakan kepada pihak kerajaan itu ialah meminta kuota khas di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), perkhidmatan insurans perlindungan diri dan juga kebenaran menggunakan cermin gelap kereta untuk semua ahli Seniman."  

Apa neraka? yg buat usul ni?

Usul 1:  meminta kuota khas di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) 

Seniman: Seniman memperjuangkan permohonan rumah PPRT untuk kesemua 5,000 ahli Seniman yang terdiri daripada artis veteran, peringkat pertengahan umur dan golongan muda.Permohonan ini bertujuan untuk membela nasib ahli-ahli Seniman yang masih menyewa rumah dan tidak mempunyai rumah sendiri sehingga kini. Kalau boleh tentang rumah PPRT itu, kami mahu kerajaan bagi kuota khas kepada golongan artis supaya mudah memiliki rumah PPRT. Memang mereka boleh memohon ikut saluran biasa, tetapi prosesnya rumit.

IniBlogJep: Bagitau tahap kemiskinan ahli Seniman. Berapa pendapatan sebulan? Di Malaysia tanah tumpah darahku ni, ada ramai lagi rakyat BIASA yang lebih miskin. Kalau takdak rakyat BIASA yang miskin, xkan rancangan BERSAMAMU masih bersiaran sampai la ni? Nak rumah sendiri? kerja la wei! orang lain susah payah kerja nak beli rumah sendiri. Senang2 hampa minta bantuan kerajaan. Banyak jasa? bagitau la apa. Dari segi ekonomi? dari segi sosial? mmg lagi kelaut la...Tulang 4 kerat ada lagi kan? Kalau ada cari la kerja. Sapu sampah ka, jaga tandas awam ka. Dulu masa sebelum jadi artis x pikiaq masa depan ka? x pikiaq lepas dah xleh nak buat 'jasa' kat orang ramai tu apa hang nak buat plak? Artis dengan org yg bekerja sendiri x byk beza. Dua2 xdak pencen. Tapi beza dari segi akal fikiran. Masa jadi artis, kumpul la duit byk2. Bukannya pi perabih kat kelab malam atau abihkan duit kat awek/pompuan simpanan apa semua tu. Ni bila dah jadi artis, sewa rumah bukannya rumah murah2. Taknak kalah, sewa kondo bagai. Pakai keta bukannya keta murah2. Semua keta hebat2. Nak PPRT apa jadah? TETAP TAK RELEVAN BAGI AKU.

Usul 2: perkhidmatan insurans perlindungan diri 

Seniman: jika anggota Rela (Ikatan Relawan Rakyat Malaysia) seramai tiga juta orang boleh mendapat insurans sebanyak RM20,000, mungkin Seniman yang memiliki ahli seramai 5,000 orang boleh mendapat RM100,000 premium insurans kesihatan dengan khairat kematian sebanyak RM5,000 setiap seorang daripada kerajaan.

IniBlogJep: Semua NAK DAPAT kan? dah dapat duit job byk2, beli la insurans. Takkan tu pun nak kerajaan tanggung. Mana pi abih duit job artis hampa? Abih bayaq keta mahai2? Abih bayaq sewa kondo? RELA keja dia pastikan keselamatan orang awam. Artis buat apa? Artis buat konsert pun RELA yang jaga. TETAP TAK RELEVAN BAGI AKU.

Usul 3: kebenaran menggunakan cermin gelap kereta untuk semua ahli Seniman

Seniman: faktor keselamatan golongan artis itu sendiri khususnya artis-artis wanita yang balik lewat malam daripada tugasan

IniBlogJep: Balik lewat malam daripada tugasan? so? apa kena mengena balik lewat malam dgn cermin gelap? takut kantoi balik dgn pakwe? sugar daddy? Orang lain pun balik lewat malam daripada tugasan jugak. Yang keja kilang apa tu? Aku sendiri pun kadang2 balik lewat malam dari keja. Aku x minta permohonan cermin gelap pun. Atau pun korang balik dari kelab, tapi takut kantoi dgn orang ramai? Bagi la sebab munasabah skit. Nak cermin gelap, jadi menteri la. Takut org ligan hg lewat2 malam? Abih tu org lain yg keja pejabat, kilang apa semua tak dak perasaan takut? Harap muka ja hensem/cun tapi otak xdak. TETAP TAK RELEVAN BAGI AKU.

Macam ni la, bagi aku, pendapat peribadi aku, hampa semua ni malaih. Tak pandai atoq masa depan. Masa jadi artis tak pikiaq kesan bila hampa dah x laku di pasaran? "Tak minta pun nak jadi artis". Ini adalah alasan paling klise bagi aku. Rakyat lain yang miskin ada dia minta dia jadi miskin? Usul ni semua untuk kepentingan peribadi. Pentingkan diri sendiri. Duit kerajaan yg hampa minta ni seeloknya dibagi pada yang BETOI2 memerlukan. Sekian.