laporan ditaip dalam pelbagai slang, bahasa dan loghat. jika x paham, tny kawan yg paham. kalau masih x paham2 jugak, punya pasai hampa!

Hari 1:
Perjalanan bas drpd Phnom Penh ke Siem Reap amik masa 6 jam! 6 jam hokey! mcm aku blk Kedah dari KL. kalau highway mcm PLUS tu xpa, ni jalan lama. Tapi walaupun pinggang keraih, badan yg gemuk ni pun lenguh namun seronok dpt tgk keadaan kehidupan luar bandar sepanjang perjalanan. bak kata Allahyarham Sudirman "Perjalanan jauh tak ku rasa". Dalam bas tu ada ala2 pramugari, bila sampai satu2 kawasan dia akan bercakap bagitau ni tempat apa, apa yg ada kat sini. Mula2 dia akan ckp dlm bahasa dia, bahasa Khmer paihtu cakap English utk pelancong luaq mcm kami ni. Apa yg aku tau dia asyik dok sebut 'Jai Khmer'. Apa benda aku pun xtau. Jai Ho aku tau. Kami diberi ayaq mineral sorang sebotoi dan roti yg mana aku request roti vegetarian utk 6 org kami. Kami sampai Siem Reap pkoi 1930. Dah gelap dah. Tuk Tuk yg dihantaq oleh Guesthouse telah sedia menunggu. Teruih naik Tuk Tuk pi Guesthouse.
 Maka tibalah kami di Sam So Guesthouse. Walaupun agak dah malam, tapi masih lg disambut dgn senyuman dan riang ria ribena empunya guesthouse. Sangat energtic dan ramah. Hilang penat sakit belakang sat dilayan mcm tu. Ok dah dapat bilik, 3 bilik semua, satu bilik 2 org. Bilik dia selesa gak la.
Dah masuk bilik, mandi manda, rehat sat, keluaq pi cari makan la apa lagi. Lapaq kot. Keluaq la jalan kaki (dah tokey Sam So kata dekat ja kedai HALAL). Jalan-jalan sampai dah agak jauh, haram x nampak pun kedai HALAL. Last tanya guard hotel mana xtau tepi jalan tu. Dia suruh jalan lagi pi ke arah NIGHT MARKET. Maka berjalan lah kami menuju ke tempat yang ditunjuk dengan pembakaran kalori yg agak byk (pasai jauh!). So jumpa la kedai HALAL iaitu jenis masakan India. Aku lupa nama kedai. hahahaha.

Hari 2:
Bangun awai pagi kelam pasai nak pi tgk matahari teghebit (terbit) kat Angkor Wat. Bukannya matahari tu keluaq daripada Angkor Wat tu. Jangan dok pikiaq kurafat sgt. hahaha. Sebenaqnya melihat pemandangan refleksi terbitnya matahari dari arah Timur di atas kolam/tasik depan Angkor Wat. Naik tuk-tuk dari guesthouse menuju ke Angkor Wat. Beli tiket (siap kena amik gambaq). Tiket harga sorang USD20. Mahai nooo...Tapi tu 1 Day Pass. Dah sampai kat Angkor Wat, jln kaki pi cari spot cantik untuk photoshoot matahari terbit.Woohh sudah ramai rupanya manusia menunggu. Pelancong la semestinya. Terpaksa la aku gunakan keLEBIHan yang ada pada fizikal untuk mencelah cari port baik. Last2 setelah guna hikmat *kecikkan* badan dapat la port baik. Nak tgk hasilnya?

Subhanallah. Allah Maha Besar. Cantik bukan?






Dah puas bergambaq semua, maka pi cari sarapan pagi. Tanya drebar tuk-tuk dia kata xdak kedai halal. Nak keluaq buleh, tapi masuk kena beli tiket lain(padahai dia muhong!). nahaaaiiii..Pastu dah kalau mcm tu, maka pi la restoran yg ada menyediakan sajian sayuran (vegetarian). Order teloq goreng ja la. Tawakkal kepada Allah SWT dan mengharap keampunanNya. Dah abih makan kenyang perut suka hati. Gerak pi tgk angkor lain plak..brp banyak angkor aku pun xtau. yang kena naik bukit. Penat wooooo...hahahaha...





sambung lain la...hahahaha tubikontiniuuuuuu