sumber: Kosmo Online

Apa la nak jadi anak-anak zaman la ni. Mak cubit anak pun kena penjara? Dah kalau anak buaih sampai x dengaq kata, xkan nak biaq? Memang la budak2 kecik xtau apa, tapi yang xtau apa tu la kita kena ajaq supaya dia tau. Pasai dok biaq tu yg bila besaq melawan abih semua cakap org x kira mak pak sendiri. Takkan kita nak mengadap berita

'Ibu/Ayah jentik anak kena penjara 3 tahun'
'Ibu/Ayah tampaq anak kena penjara 5 tahun, sebat 3 kali'

Takkan sampai mcm tu sekali? Sama juga di sekolah, tugas cikgu/guru yang mengajar anak-anak pun dipersoalkan. Dah kalau nak tgk anak berjaya, jadi org berguna, jadi org baik2, serahkan lah tugas mendidik tu kat cikgu dah kalau hampa hantaq pi sekolah. Ni kalau cikgu tampaq skit, keluaq berita, lapor polis. 

Zaman sekarang berbeza dgn zaman dulu. Dulu2 anak sampai kena tibai dgn rotan, batang tebu, batang paip, hat kena dgn mertun(hammer) pun ada. Tak keluaq berita pun. Ok ja hidup elok lagi. Tu x kira yang kena kurung sehari semalam dalam bilik kes panjat bumbung rumah. Cikgu tarik cuping telinga kes main tang pokok x keluaq berita pun dulu2. ok ja pun. Hat kena tampaq sampai terkencing pasai x bawak baju sukan pun ada. Ok ja jadi orang.

Budak2 la ni terlalu dimanjakan, dengan beli gadjet, iPhone, iPad, Playstation, PSP apa kejadah lagi...semua manja. Sedaq la yang mak pak kita nak ajaq kita. Tapi kalau yg jenih mak pak dera, rogol anak sendiri tu lain cerita la...

nota tambahan: ada laporan mengatakan yang berita kosmo tu sebenaqnya mak budak tu cucuh puntung rokok sekali kat anak dia...hisap dadah la..mmg padan la kena penjara.