laporan ditaip dalam pelbagai slang, bahasa dan loghat. jika x paham, tny kawan yg paham. kalau masih x paham2 jugak, punya pasai hampa!

Pengembaraan 6 orang sahabat dimulakan pada 17 Januari 2012. Penerbangan drpd Terminal Tambang Murah la sangat menuju ke Phnom Penh jam 0705. Penerbangan menerjah awan biru ditemani Awan Dania ini tipu menyaksikan matahari terbit dan cahaya yg masuk kot tingkap mencucuk biji mata oh silaunya. Tiba di Phnom Penh jam 0845disambut lopaq ayaq pasai baru lepaih hujan. Terus amik Tuk Tuk untuk ke stesen bas Mekong Express ambik tiket untuk ke Siem Reap. 
Meng Hong aka Ajay Devgan

Sebuah Tuk Tuk dikenakan bayaran USD7 dari Airport ke stesen bas. United State Dollar bukannya Ulu Selangor hokey. Dua Tuk Tuk digunakan untuk membawa 6 org kami beserta beg kembara masing-masing. Kedua-dua drebar Tuk Tuk sgt peramah dan adakala terlalu ramah sampai rasa nak tumbok. Sorang nama dia Meng Hong muka ala-ala Ajay Devgan dan sorang lagi Mean Kosol yg aku tgk mcm ninja turtle sbb kecik. kahkahkah. Dah sampai stesen bas, amik tiket yg berharga USD11 seorang. Bas bertolak jam 1230. Masih terlalu awai untuk melangut tunggu bas. Jadi decide suruh drebar Tuk Tuk bawak pusing2 sat paihtu pi makan. Dibawanya kami ke jalan sepanjang Riverside atau dalam bahasa melayu mudahnya, tepian sungai. Mudah bukan translationnya? kahkahkah Berenti depan Royal Palace kalau x silap. 
gadis dan wanita riang


rakan2 pengembaraan

Amik gambaq dengan burung merpati yg sgt sombong. Bila nak snap ja mesti terbang. huh! sgt sombong merpati kemboja! Dah puaih bergambaq, berlari ala2 konon kat London tempat yg byk merpati tu maka ajak drebar bawak pi cari kedai makan. So x jauh daripada situ, dia bawak pi satu restoran ni 'Halal Restaurant'. Kat area yg dia bawak tu ada lagi satu kedai, jadi dok pikiaq2 nak pi yg mana. 
Ada Malaysian Food

Masa dok bincang2 tu kak (tokey kedai) Halal Restaurant tu mai kat Tuk Tuk kami, "Cari makan ka dik?". Gulps! Ada org bleh cakap melayu! elehh mcm la pi Brazil jauh sgt. Tanya dia rupanya org Melaka yg bukak bisnes makan2 kat situ. 4 tahun lebih dah katanya. Makan sudah kenyang. Gerak ke stesen bas. Melangut setengah jam paihtu baru naik bas.

tubikontiniu.....