Ten:Ten:Ten

Daisypath Anniversary tickers

Friday, July 29, 2011


Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah dah pun bersara pada 7 Januari 2011 yang lepaih. Ramadhan menjelang tiba dah ni. Sapa pengganti beliau untuk buat pengumuman puasa dan raya? Beliau sgt terkenal walaupun setahun beberapa kali saja muncul di kaca TV. Boleh dikatakan wajah yg ditunggu2 ramai umat Islam di Malaysia bila tiba nak posa dan raya. hahaha....pasti akan menjadi ingatan ramai.
Jasamu Dikenang

Anda SUKA anda LIKE


Tanah Tumpah Darahku!

28 Julai 2011
Stadium Nasional Bukit Jalil
Malaysia vs Singapura
Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 Brasil

Tarikh penyatuan lebih 85,000 rakyat Malaysia di Stadium Nasional.

 
Aku sangat terharu dan tacing bila tengok begitu sayangnya rakyat Malaysia dengan bola sepak negara. Datuk K.Rajagopal & skuad Harimau Malaya memang telah berjaya mencipta fenomena kebangkitan bola sepak negara dari segi permainan dan juga sokongan daripada penyokong. 
Ketika lagu Negaraku berkumandang semalam, nyanyi penuh semangat, mmg sangat2 terharu dan bangga!
Namun apakan daya, kesudahan perlawanan timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil ini menyaksikan Malaysia gagal untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya dalam Kelayakan Piala Dunia 2014. Walaupun seri 1-1 perlawanan semalam tetapi kemenangan Singapura pada pusingan pertama 5-3 menyaksikan agregat 6-4 dimiliki Singapura. 
Apa yang dikesalkan adalah sikap 'PROFESSIONAL' pemain Singapura. Nak main bola atau nak berdrama? sentuh sikit dah rebah, dah sakit, mcm kulit hampa tu selembut kulit bayi. PUIHHH!!!
SingaPURA? terkenal dengan sikap PURA-PURA!
Memang terdapat beberapa kelemahan di barisan pertahanan negara, tetapi kesalahan bukanlah 100% ke atas depa. Cuba melakukan yang terbaik dihadapan lebih 85,000 penyokong. Khairul Fahmi aka Apex beraksi cukup cemerlang walaupun dikhabarkan mempunyai masalah peribadi (bergaduh dgn tunang). Namun aku puji keprofessional Apex. 
Safee Sali. Igauan buat setiap pertahanan lawan. Cukup jitu dan padu di hadapan gol. Hasilnya, sebiji lagi gol daripada beliau. 
Ada beberapa percaturan yang agak membingungkan aku. Ismail Faruqi, adakah sudah cukup bersedia utk mengemudi barisan tengah iaitu bahagian paling penting dalam menjana serangan. Aku akui kemahiran dia, tapi mungkin teruja dpt bermain kesebelasan utama, sikap tamak @ main sorang2 perlu dihakis. Apa guna rakan pasukan?
Ahmad Fakri, adakah dia supersub? main xdan setengah jam kena kad merah. Tak perlu ada dalam skuad. Di mana Badrol Bakhtiar? Di mana Ashaari Samsudin? Di mana Joseph Kalang T? Di Malaysia ni masih ramai bakat2 yang lebih berwibawa daripada Fakri. Minta maaf kepada penyokong beliau.
Mahali Jasuli, hang rasa hang dah cukup STAR selepas persembahan meyakinkan pada AFF Suzuki Cup tempoh hari? Hang silap! tu ja aku nak kata. yang lain pikiaq sendiri.
Namun pujian aku adalah kepada S.Kunalan dan Amirulhadi. Hampa dua mmg terbaik! Aku puji sikap hampa yang tak putuih2 cuba bagi the best dan yang penting, RAJIN!
Yang perlu diperbaiki adalah kawalan bola, tahan bola dan juga passing bola. tu semua asas untuk bermain bola sepak. Jangan sampai aku bagi hampa semua sorang satu buku 
HOW TO PLAY FOOTBALL FOR DUMMIES


Anda SUKA anda LIKE

Wednesday, July 27, 2011


Kelayakan Piala Dunia 2014: Malaysia vs Singapore

Ayuh Rakyat Malaysia!!!
Beri sokongan padu kepada skuad kebangsaan kita!


 

Setiap orang yang hadir ke stadium bawa sekeping KAD MANILA/KERTAS WARNA KUNING dan tulis di atasnya berapa jaringan yang anda nak Malaysia menang.Kemudian sewaktu pemain hendak keluar(lebih tepat apabila lagu FIFA dimainkan dan Flag FIFA diusung keluar) angkat KAD MANILA/KERTAS WARNA KUNING yang anda bawa tadi dan pegang sehingga lagu Negaraku. Itu sahaja. OBJEKTIF; untuk memberi semangat kepada pemain.


▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ஜ۩ஜ۩ஜ۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
KAMI SOKONG HARIMAU MALAYA!!! KAMI AKAN JADIKAN STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL SEBAGAI NERAKA BUAT PASUKAN SINGAPORE! KHAMIS INI. COPY & PASTE STATUS INI DI WALL ANDA. SEBARKAN!!! - PEMAIN KE-12 MALAYSIA
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ஜ۩ஜ۩ஜ۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Anda SUKA anda LIKE

Tuesday, July 26, 2011


Kembar Comey Berbakat!

Seronok tengok budak2 kembaq ni...sorang nama justin..sorang lagi nama jeremy...
Justin ni lebih kepada menyanyi...Jeremy plak lebih kepada menari...gabungan kembaq yg menarik..
mai layan...
................Presenting...............
Justin and Jeremy


Anda SUKA anda LIKE

Saturday, July 23, 2011


Hari Ni Sabtu, Hey!

Woi hari ni Sabtu bukan ka cuti? awat aku mai opis ni? hahaha..ni la akibat buat kerja bertangguh...baru padan muka aku sendiri...tapi rasa mcm syok jugak bila mai kerja pakai casual (jeans + tshirt)...jom buat keja jom! semoga keja aku sempat siap kalau tak 100% , 99% pun jadi la...amin.


Hari ni Sabtu Hey! Hey!


Anda SUKA anda LIKE

Friday, July 15, 2011


Terima Kasih ASTRO!

PERUBAHAN KE ATAS LANGGANAN ASTRO ANDA
"Dukacita dimaklumkan, akibat tekanan kos yang berterusan, termasuk kos kandungan global dan tempatan serta hak-hak siaran, harga pakej-pakej tertentu akan disemak, termasuk pakej langganan anda seperti di bawah ini.
Harga langganan baru anda Bermula dari tarikh bil bulan depan anda, harga baru anda adalah seperti berikut:

Harga pakej bulanan semasa anda: RM72.95
Harga pakej bulanan baru anda: RM81.95"



Tekanan kos berterusan?
tekanan kos apa? kos apa yang berterusan? details out kan la!

Kos kandungan global dan tempatan serta hak-hak siaran?
dok keja beli drama seberang (INDON) tayang sampai x berenti2. Mahai sgt ka drama2 tempatan? haramjadah!

Awat buat lagu ni? Dah la berbayaq, paihtu hampa boh iklan pulak! SEPATUTNYA stesen TV berbayaq mcm hampa ni x patut ada iklan!
Bayaq mahai2 kalau hujan servis ok xpa jugak...ni hujan rintik pun siaran hilang dah...lancau la!
Pi mampoih la ASTRO! dari dok buat demo #BERSIH la #KOTOQ la...baik buat demo bantah kenaikan harga ASTRO ni!
Sekian terima kasih.

Anda SUKA anda LIKE

Wednesday, July 13, 2011


Liga Malaysia 2012: Pendirian Patah Balik




Format Liga Malaysia untuk musim depan, 2012, membenarkan kembali pemain import. Haihhh sat bleh sat tak bleh. Macam2 hal lah! Tapi kali ni hanya 2 pemain import dibenarkan namun bukan semua pasukan diwajibkan, bergantung kepada kemampuan pasukan tu juga. Kalau tak mampu, amik ja mat bangla cuci keta, mat indon buat rumah ka.

Lagi satu yang menarik perhatian adalah kembalinya pasukan 'singa' setelah hampir 17 tahun menyepi dari persada liga Malaysia. Perjanjian yang dimeterai oleh FAM dan juga FAS adalah dengan membenarkan pasukan Harimau Muda beraksi di Liga Singapura manakala pasukan Young Lions akan beraksi di Liga Malaysia.

Paling best apabila format jumlah pasukan di Liga Super dikekalkan menyaksikan pasukan kesayangan tuan presiden, Pahang turun ke Liga Perdana buat pertama kali setelah beberapa musim di'selamat'kan. Perlis juga ikut serta dengan Pahang me'meriah'kan Liga Perdana. Manakala PKNS dan Sarawak kembali ke Liga Super. TAPI!!! Masih ada sisa 'perjuangan' dari tuan presiden apabila Harimau Muda A tidak lagi beraksi dalam liga Super musim depan, bermakna ada kekosongan satu pasukan. Penentuan sapa yang akan isi kekosongan tu ditentukan melalui play-off antara PAHANG dan Sime Darby. Hmmm telus?adil? pikiaq sendiri!

Walaupun import kembali ke persada Liga Malaysia, adakah pasukan akan kekurangan bakat penyerang tempatan pula lepaih ni? Semuanya bergantung kepada pemain itu sendiri. Yang mahu berjaya akan terus berjaya insyaAllah.
Semoga Liga Malaysia lebih meriah musim depan.

*Adakah Nelson kembali ke Kedah? atau ke Negeri Sembilan? atau tak mai langsung?


Anda SUKA anda LIKE

Tuesday, July 12, 2011


Penangan Angry Bird


hahaha...dah jadi soalan periksa....7 markah tu!
bagus pendekatan cikgu yang buat soalan ni, membuatkan pelajar tu terkinja2 nak jawab...hehehe

Anda SUKA anda LIKE

Friday, July 8, 2011


Jalan Katup, Mari BERSIH kan Rumah!

BERSIH? 2.0? ada version....hahaha. 

Roadblock? Sekatan jalan raya? Jalan tutup? Road closures?
pasai tuntutan 'hampa', orang pakat takleh pi mana, hat ada anak nak bawak anak pi jalan2 kot KL pun tak buleh. Nak pi cari baju raya pun tak buleh (walaupun raya lambat lagi, lambat ka?)

Ni aku nak habaq kat hampa senarai jalan raya yang terlibat.


  • Lebuh Ampang
  • KLCC
  • Bank Negara
  • Dataran Merdeka
  • Sogo
  • Chow Kit
  • Menara Sultan Ismail
  • Masjid Negara
  • Jalan Raja Chulan
  • Jalan Ipoh
  • Sentul
  • Jalan Tuanku Abdul Rahman
  • Jalan P.Ramlee
  • Jalan Bandar
  • Subang Jaya ( Near Segi )
  • Sunway Pyramid and Subang Parade
  • The Federal Highway
  • LDP ( Lebuhraya Damansara Puchong )
  • The KL – Seremban Highway in Seri Kembangan 
*marah2 jugak, tapi awat berhimpun di masjid? tidak di tokong? tidak di kuil? tidak di gereja? 
pikiaq2 kan la nooo...
-ataih pagaq-

Anda SUKA anda LIKE

Monday, July 4, 2011


Malaysia vs Taiwan: Kalah Tapi Layak!

Semalam tengok game Chinese Taipei (Taiwan) vs Malaysia di Taiwan. Nasib baik RTM TV2 tunjuk live. Terima kasih 3x RTM. Walaupun ASTeROk ada tunjuk live jugak tapi tak feel macam RTM sbb ada Hasbullah Awang, LEGEND baq anggg! 1st half aku terlepas tgk gol pertama. Tapi dan tgk gol ke-2. Masa rehat tu depa tunjuk blk gol Aidil (gol 1st). PERGHHHHHHH berdesup pi! Memang Kelas Dunia jam 10 la! mencanak pi org belah jerlun kata. hahaha. Game tu mmg mencabaq pemain2 Malaysia. Penyokong tegaq mcm aku ni pun tercabaq. Taiwan ni sikit2 dpt free kick, penalti sampai 3 kali. Mujoq Sarbinee (keeper Malaysia) save sebijik (sebelah tangan ja tepih). Referee mmg cha-ya-bai. Memang berat sebelah (aku berat dua2 belah).
Ok la, cakap byk eh taip byk xmau, nak habaq game kedua semalam Malaysia kalah 3-2 tapi layak sebab agregat 4-4 dan Malaysia ada kelebihan gol tempat lawan. Hampa tgk la sendiri gol-gol game semalam no...



Anda SUKA anda LIKE