Ten:Ten:Ten

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 30, 2011


Jangan Amik!!!


Anda SUKA anda LIKE

Friday, June 24, 2011


Lensa Jiwa : Satu Hari Di Bukit Tinggi

Dah lama plan sebenaqnya nak pi gambaq-tembak kat Bukit Tinggi ni, dan akhirnya pada 21/05/2011, aku, bini dan kawan-kawan pi ke Colmar, Bukit Tinggi bagi merealisasikan planning aku...

 yg ni original x edit...haha...beda nak habaq ni la rupa bini dan kawan-kawan aku....





sori la noo kalau kualiti kurang memuaskan...

Anda SUKA anda LIKE

Thursday, June 16, 2011


kami mai buat loklaq, Hang jangan nak lari


Produced by Nawi, CypherDefect & DMent
Written by Nawi, CypherDefect & DMent
Mixed by DMent & CypherDefect
Beats by Dub's Attic (downloaded from soundclick.com)

(Nawi)
Hang jangan sembang kalau muka hang tu macam mambang
Aku marah percik api, hang jadi ayam panggang
Skill hang macam pengemih, dok tumpang lirik orang
Aku rap memang sempoi, hang start rap semua tumbang
Tu la hang mat skupang, jangan dok tunjuk lagak
Muka hang bodoh comot, aku depa kata segak
Hang nak lawan? Mai sini, tapi hang takut teragak
Skarang aku bagi penendang tambah sedaih penyepak
Hang Action tunjuk juara, tapi rap berteraboq
Aku telan ayat hang, sebab rap hang macam pasemboq
Jangan bagi jatuh, tau hang takut pecah teloq
Sebab aku bagi nanti, teruih hang bersemboq
Ini rap style utara, skali dengaq macam pelik
Ayat kaw-kaw kuat, hang penat teruih tercekik
Chef itu aku, aku cincang baris hang macam sawi
Tu la dia nak sangat, lawan rap dengan Nawi

(Chorus)
kami mai buat loklaq, Hang jangan nak lari
Kami mai boh penampaq, Hang jangan buat tak reti
Kami mai hang dah ketaq, Hang jangan buat brani
Sekali semua dok hawaq, Satgi mak hang tak kenai ie

(CypherDefect)
Makasih la no, turn aku nak bergebang
Hentak ayat padu pasai hangpa kuat sembang
Auto tune ingat hebat, ahhh hang auta kuat
Mulut cam musibat, aku curah paraquat
Hangpa mai dekat, aku bagi siku lipat
Muka toya mak min, marka aku hang nak pikat?
Takyah buat hebat, aiii takyah tunjuk lorat
Aku naik meluat hangpa buat lawak Borat
Berat ayat aku tu pasai hang takleh pikui
Batin hangpa lemah walau badan ketui-ketui
Tersembui bijik mata bila aku bagi tayang
Ayat aksi sempoi slalu main dalam wayang
Melayang-layang rima hangpa kena hembuih
Pintu hangpa katup, kompem aku bole tembuih
Jurus aku pi, kena hangpa boleh mampuih
Tak lama kuboq panggil mai sini bagi kambuih

(Chorus)

(DMent)
Aku rap ala seni silat gayung pusaka
Aku kilaih-kilaih ayat gaya hayun utara
Hang tak keudara, sebab hang bawah tanah
Aku cakap betui-betui lagu hang banyak salah
Punggah, rap hang langsung tak kemaih
Bila nampak hang timbui, aku rendam bagi lemaih
Rap tak bernas, nasik apa hang balun?
Budget cool tapi hang direct buat kalut
Aku kunci mulut takleh bukak, duduk diam
Lagu hang murah, tak sedap, aku tawaq kat Siam
Takleh pinjam, lagu ni aku bantai bagi
Hang lempaq ayat pedas aku slamba santai lagi
Aku tak pedulik walau back-up bersusun
Bakmai satu padang aku angkut satu dusun
Aku Tuah, hang malang, tu hang punya nasib
Aku banyak projek macam Shahidan Kassim

(Chorus) 



*hahaha, lawak betoi geng ni....tapi lagu rap hampa sempoi....

Anda SUKA anda LIKE

Wednesday, June 8, 2011


Bodoh sama dengan RM50

hahaha..semalam tgk berita Buletin Utama...ada budak pompuan kena denda RM50 pasai kata polis bodoh...ishhh...aku kesian kat dua-dua pihak...yg pompuan ni pun x reti nak sopan santun ka? hang kawin dakgi? kalau dak lagi mesti family mertua hang pikiaq 4-5 kali nak terima hang...
kerana mulut poket binasa...hahaha
yang polis pulak kesian pasai org kata depa bodoh, nilainya hanya RM50...awat sikit sangat...hentam la RM5000 ka baru ada akai....nilai kebodohan polis cuma RM50...TAPI tak semua polis mcm tu... 
kebanyakan polis berwibawa, amanah dengan tanggungjawab, telus....
cuma bila sekelumit polis yg buat pasai, abih seluruh pasukan kena kutuk...
kerana nila setitik, abih rosak seperiuk di kedai mamak

*entri aku kali ni xkan kena tindakan apa2 kan?

Anda SUKA anda LIKE


taktaunakpostapa!




Anda SUKA anda LIKE

Thursday, June 2, 2011


Barua!

Kepala pecah dicampak pembunuh


ANJING pengesan digunakan untuk menjejaki individu yang bertanggungjawab mencampak seorang bayi hingga mati di sebuah pangsapuri di Sentul semalam. Gambar kecil Zakaria.


KUALA LUMPUR – Sepasukan anggota polis yang menjalankan siasatan mengenai satu kes pembunuhan kelu seketika apabila dilanda perasaan pilu sebaik melihat mayat seorang bayi lelaki yang ditemui dalam keadaan kepala pecah hingga menampakkan otaknya semalam.
Pembunuhan kejam itu berlaku apabila pelakunya dikatakan hendak mencampak bayi tersebut dari tempat tinggi terus ke dalam tong sampah yang berada di bawah.
Tetapi malang, balingannya tidak cukup kuat lalu tersasar sejauh tiga meter menyebabkan mangsa terhempas di atas jalan.
Bagaimanapun, polis masih belum dapat memastikan sama ada bayi itu masih hidup atau sudah mati ketika dicampak pelaku durjana tersebut.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat pada pukul 12 tengah malam.
Katanya, mayat bayi itu ditemui dibungkus dengan beg plastik di tempat letak kereta pangsapuri tersebut oleh seorang lelaki yang baru pulang dari tempat kerjanya.
“Pemeriksaan awal mendapati bayi yang masih bertali pusat dan cukup sifat itu mengalami kecederaan parah di kepala.
“Kita percaya ia berlaku selepas pelakunya dikatakan hendak mencampak bayi tersebut dari tempat tinggi ke dalam tong sampah di bawah namun ia terjatuh di kawasan letak kereta kira-kira tiga meter dari tong berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
"Apa hang rasa kalau hang dicampak masa tengah romen?"

Al-Fatihah kepada bayi tersebut. 

Kepada si pelaku @ binatang @ lahanat barua, syok dak lempaq budak dari tempat tinggi? hang mmg suka tempat2 tinggi kan? xpa, nanti dihari perhitungan nanti hang pasti dapat tempat tertinggi.......selamat menuju neraka tertinggi....

Anda SUKA anda LIKE