Ten:Ten:Ten

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, May 21, 2011


Review: Nur Kasih The Movie



Nur Kasih The Movie
Semalam aku dah pi tengok cerita Nur Kasih The Movie ni. Filem yang mengisahkan rentetan hidup Nur Amina, Adam & Aidil selepas berakhirnya versi drama yang menjadi fenomena di kalangan rakyat Malaysia satu masa dulu. Sinopsis filem ni hampa buleh cari sendiri kat laman web lain, sebab aku malas nak cerita. hahaha. Aku cuma nak komen saja...

Plot/Jalan Cerita: Bagi aku tidak la terlalu berat untuk dipikiaq dan difahami. Jalan cerita yang mudah untuk difahami, cerita disebalik penceritaan, flashback. 
Sinematografi: Pujian aku bagi untuk cerita2 arahan kabir bhatia ni. Scene, angle mmg superb. Tambah plak dgn lokasi pengambaran yang Subhanallah cantik gila tempat2 yang ditunjukkan. 
Teknologi: Mungkin Kabir Bhatia perlu belajar lagi mengenai teknik CGI yang nampak lemah. Mcm tgk game. Babak letupan dan keretapi, scene Adam & Nur sampai turun dari bas dan ke masjid, terlalu ketara CGI yg ditunjukkan.
Pelakon: Watak2 utama masih lagi tidak berubah, dan kemunculan watak2 baru mmg menarik dan boleh dikatakan berjaya menghidupkan cerita. Syabas dan tahniah aku ucapkan. Aku mmg suka tgk Mia Sara, comey cute....*harap dpt anak comey mcm Mia...x gitu Puan Niza?
Susunan muzik: Aku x pandai komen, hahahah...tapi Hafiz Hamidun aku bleh katakan pandai jugak la bermain muzik dgn situasi.
Rating: 3.5/5. Tak rugi bagi peminat cerita Nur Kasih ni.

Anda SUKA anda LIKE

Thursday, May 19, 2011


Acid Splasher | Penyimbah Asid

Aku dapat daripada bini aku, bini aku dapat daripada kawan opis dia, kawan opis dapat daripada kawan dia....hahaha....Wallahualam...berhati-hati semua no....
Dear all,


Eh u guys be carefull k, remember the acid splasher case? Yesterday one of my friends, her car window kene ketuk by a guy holding a yellow bottle demanding her to wind down her window. She didn’t, so the guy ‘bang’ her car and yelled at her. The face is as per police announcement, Indian guy. She said, awal2 masa the guy knocked her window, he look mcm kesian muke sedih. (Taktik nak suruh bukak tingkap). After that the guy left. This happen at traffic light at 1 utama, which is near to us.


Then she launched police report, the police told her that yesterday, another girl pun reported the same thing, tingkap kene ketuk too but at Kota Damansara.


The crazy dude is now targeting our area, so please be carefull kay when ur out there.


Also, a friend of mine, her work collegue was one of the victim. Now she’s blind and still at the hospital


Be carefull yea when ur out there. Run when u hear motorcycle or bring umbrella. Its not safe out there. Better be safe than sorry

Anda SUKA anda LIKE

Wednesday, May 18, 2011


Minum ayaq mayat!

Penghuni flat Singapura minum air mayat



BEBERAPA anggota polis memeriksa bumbung flat di Blok 686B,Woodlands Drive 73, Sembawang selepas mayat seorang amahIndonesia ditemui dalam sebuah tangki air kelmarin.


SINGAPURA - Penduduk di beberapa buah flat di Woodlands tidak menyedari bahawa mereka menggunakan air termasuk untuk memasak adalah daripada sebuah tangki air yang mengandungi mayat reput seorang pembantu rumah warga Indonesia yang mati, lapor akhbar Straits Times semalam.
Mereka hanya mengetahui tangki air itu mengandungi mayat wanita tersebut selepas membuat aduan kerana air paip kelihatan berwarna kekuningan dan agak berbuih.
Empat penduduk flat itu di Blok 686B, Woodlands Drive 73, menghubungi Majlis Perbandaran Sembawang untuk membuat aduan tersebut.
Seorang jurucakap polis memberitahu agensi berita Associated French Press, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 27 tahun telah ditangkap berhubung kematian pembantu rumah tersebut yang berusia 30 tahun.
Mayat wanita itu ditemui di dalam salah satu daripada lapan tangki air di atas bumbung flat setinggi 15 tingkat itu kelmarin selepas polis menerima panggilan daripada seorang pemberi maklumat dipercayai rakan lelaki Bangladesh tersebut.
"Kejadian ini amat menjijikkan. Semua keluarga saya memakan habis seperiuk sup kacang hijau yang dimasak pada pagi ini," kata seorang penduduk flat tersebut, Choi Ah Moi.
Seorang suri rumah berusia 33 tahun, Ally Lee pula berkata, pembantu rumahnya memasak mi sup untuk anak perempuannya dengan menggunakan air mayat tersebut. "Saya fikir saya mahu membawa anak perempuan saya berjumpa dengan doktor," katanya.
Pembantu rumah itu bekerja di sebuah flat di tingkat enam dan semasa ditemui mayatnya tersebut didapati mengalami luka di belakang badan selain memakai baju-T dan seluar bermuda.
Pengurus Besar Majlis Perbandaran Sembawang, Soon Min Sin berkata, semua air di lapan tangki itu dibuang dan dibasuh dengan menggunakan bahan pembersih kuman.- Agensi

*mintak dijauhkan perkara macam ni.....

sumber: Kosmo Online

Anda SUKA anda LIKE

Monday, May 16, 2011


Selamat Hari Guru, Cikgu!

Selamat Hari Guru kepada semua guru, cikgu & pensyarah dan x lupa juga kepada sapa2 yang pernah mengajar aku....

Mak & Ayah
Tadika Ehsan
Sekolah Kebangsaan Jitra
Sekolah Menengah Jitra
Pusat Tuisyen Darul Bakti
Sekolah Memandu Leng
UiTM Kampus Arau
UiTM Kampus Shah Alam

Anda SUKA anda LIKE

Saturday, May 14, 2011


Review Filem: KONGSI

Kongsi: Lu Langsi Lu Mati
Sebelum tayangan mmg aku teringin nak tgk pasai cerita ni berunsur komedi/lawak. Sapa x kenai Shaheizy Sam. Pelakon Paling Popular 2010, lakonan komedi yang mmg semua org tau dah macam mana. So harapan aku adalah cerita ni akan menarik la. Tapi filem ni ada kelemahan yang ketara pada plot penceritaan.Sangat teruk. Apa dah jadi Farid Kamil? Xkan nak fokus pada lawak Sam, Azad & lain2 saja? MENGECEWAKAN. Memang ramai yang akan kata, 

"setinggi mana harapan terhadap filem Melayu ni? Jangan harap terlalu tinggi." 

Cerita mengisahkan seorang pemuda dari Thailand bernama Tumulak (Sam) yang xtau apa punca (mungkin jadi pembunuh upahan) mai Kuala Lumpur nak bunuh abih geng kongsi gelap 1Malaysia. hahaha. Aksi Sam mmg menarik, gaya Ninja Assassin yang ditunjuk disertakan dgn komedi mmg menarik. Nak layan gelak boleh la tgk cerita ni. Cuma plot yg agak mengecewakan. Selebihnya hampa tgk sendiri dan nilai sendiri la noooo..

Rating: 2.5/5

Anda SUKA anda LIKE


Simbah 'Asid' , Lakaran Suspek Dikeluarkan

 LU LANGSI LU MATI!!!

SATU KEJADIAN CUBAAN MENYIMBAH ‘ASID’ TELAH BERLAKU DI JALAN DESA PANDAN, KUALA LUMPUR PADA JAM 2.00 PETANG TADI. SASPEK DIPERCAYAI MENAIKI MOTOSIKAL JENIS HONDA EX5 WARNA HITAM .SUSPEK KELIHATAN SEDANG MEMEGANG BOTOL BERLABEL 100 PLUS MENGGUNAKAN TANGAN KIRI DAN DALAM KEADAAN HENDAK MEMBUKA PENUTUP BOTOL TERSEBUT. SASPEK MEMAKAI PAKAIAN BAJU PUTIH BERKOLAR, BERSELUAR GELAP DAN BERUMUR DALAM LINGKUNGAN 30-AN SERTA BERMISAI. SASPEK MENAIKI MOTOSIKAL JENIS HONDA EX5, MEMAKAI TOPI KELEDAR HITAM BERVISOR DAN MENGGUNAKAN NOMBOR PENDAFTARAN PALSU. GAMBAR FOTOFIT SEPERTI DISERTAKAN. 
Klik gambar untuk paparan lebih besar dan jelas
ORANG RAMAI DIMINTA BERWASPADA DAN BERHATI-HATI SERTA BOLEH MENYALURKAN MAKLUMAT KEPADA PIHAK POLIS MELALUI HOTLINE POLIS KL (RAKAN COP) DI TALIAN 03-21159999 ATAU SMS POLISKL KE 32728 DENGAN KADAR SEGERA SUPAYA TINDAKAN SUSULAN DAPAT DIAMBIL UNTUK MENGESAN SERTA MENANGKAP PENJENAYAH INI.

Anda SUKA anda LIKE

Tuesday, May 10, 2011


Gula Naik 20sen, Ramai Kena Darah Tinggi

Semalam diumumkan harga gula di pasaran naik lagi 20sen. Terima kasih kerana memahami masalah kesihatan orang ramai berkaitan gula ni. *mata ke atas, tangan ke dada*
Tapi di sebalik mengurangkan penyakit diabetes dikalangan rakyat Malaysia yang kaya raya *mata ke atas, tangan ke dada* ini, gejala penyakit tekanan darah tinggi semakin meningkat. Ini kerana tahap tekanan di sebalik duit yang banyak *mata ke atas, tangan ke dada* berjaya dipergunakan sepenuhnya. Minyak ada gred, RON97 & RON95, yang naik cuma RON97. Bila gula nak ada gred? hahahah. 
Yang kaya semakin kaya. Yang cuba2 nak kaya teruskan percubaan. Yang x berapa nak kaya, makan kaya ja la. Yang miskin, jangan cuba2 nak merompak! 
Pastinya restoran2 akan menggunakan alasan kenaikan harga gula ini untuk naikkan harga minuman. Sebelum ni gula x naik harga pun, depa naikkan harga minuman jugak. Lepaih ni bila orang pakat beralih minum ayaq mineral saja, ayaq mineral plak naik harga sbb harga garam mineral naik....hahaha.. buleh ka lagu tu? 
Sedaq la tujuan untuk mengurangkan penyakit diabetes akan meningkatkan penyakit darah tinggi dikalangan orang ramai. Tekanan berkenaan pendapatan semakin meningkat.
Perbelanjaan melebihi pendapatan.
Sendiri yang salah sebab lebih berbelanja ataupun tiada pilihan? Negara mengejar kemajuan, pendapatan isi rumah semakin mundur, tolong la selarikan. Ada paham???

seorang sahabat menulis di FB nya...
"lpas nie pagi2 p mekdi. curi gula paket dia. hahahahaha"

Anda SUKA anda LIKE


Facebook HOT FM Hangit Dihacked!

Pagi ni macam biasa bukak FB, tgk FB Hot FM awat lain macam ja...kena HACKED! 
haha...mana mai geng Jack Sparrow ni xtau...abih dia post status....
FB Hot FM kena Post Hangit....


kepada Admin FB HotFM, hampa sedaq ka dak? atau cuma GIMIK?

Anda SUKA anda LIKE

Sunday, May 8, 2011


Happy Mother's Day | Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu. Happy Mother's Day.
Puan Kelsom Binti Shafee & Puan Kaslina Binti Kassim

Anda SUKA anda LIKE

Thursday, May 5, 2011


Takaful Amanah? Kad Visa? Ini Semua TIPU!!!

Bulan Mac yg lepas aku terima panggilan drpd sorang mamat ni, yg aku gelar Mamat Celaka (MC):

MC: Hello, En Jefrizal........
Aku: Ya saya (sopan kan aku ni)
MC: Saya Ridzuan drpd Takaful Amanah Center....
Aku: Ok, pastu?
MC: Encik ada pakai kredit kad visa kan...maybank...
Aku: Ya ada, ada apa tu?
MC: Sebenarnya insurans kad encik perlu renew untuk tahun kedua....
Aku: ??? tahun kedua? renew? bila masa saya amik benda ni...x pernah register apa pun...
MC: sebenarnya setiap pemegang kad kredit visa/mastercard automatic terima benda ni...
Aku: oo ya ka....<--- aku kena makan dah....hahaha
Aku: kalau saya nak tolak atau cancel benda ni macam mana? sebab yg tahun pertama pun saya xtau apa pun pasai takaful ni....
MC: encik tak boleh tolak..benda ni mmg kena bayar, renew...tahun kedua ni tahun terakhir kalau encik nak tamatkan...
Aku: (pelik) maknanya saya WAJIB bayar jugak la...hidup mati saya kena bayar?
MC: Ya encik..tapi tahun depan encik boleh tamatkan jika encik tak nak..cuma tahun ni encik mmg wajib renew...
Aku: Berapa?
MC: RM290 untuk setahun...akan didebitkan ke akaun kad kredit encik...
Aku: oooo...
MC: saya sebutkan nombor kad kredit encik...encik cuma perlu sahkan saja....
Aku: OK...
mamat celaka ni pun sebut la...ada sekali dua dia salah sebut...aku betulkan....dan akhirnyaaaaaa.............................aku yg tiba2 jadi bodo masa tu bagi sekali security no yg kat belakang kad kredit tu...
MC: OK, selepas saya letak telefon ni, akan ada seorang perempuan akan call untuk buat pengesahan alamat untuk penghantaran polisi...
Aku: Ok, terima kasih...(siap terima kasih padahai kena tipu)
MC: Saya akan sms sekali nama dan IC saya jika encik rasa saya tipu. (dengan yakinnya dia)


Lepas tu mmg ada panggilan drpd sorang pompuan yg no telefonnya cuma beza nombor belakang dgn mamat celaka tadi utk buat pengesahan alamat aku....
Paihtu aku pun rasa pelik ja panggilan tadi....x sampai 5 minit aku terus call Maybank Center dan tanya pasai benda ni....Maybank cakap depa x pernah ada atau x pernah buat promosi ataupun hubungan dengan takaful ni...haaa sudah...mmg sah aku kena TIPU!hahaha
Maybank nasihatkan aku untuk block kad kredit aku serta merta....dan aku pun bg persetujuan untuk block....selamatttttttt selepas dibodohkan....hahaha
Selang 2 jam lepas tu, mamat celaka tu asyik call, mungkin dia tak dapat buat transaksi dari akaun kad kredit aku...padan muka hg!

Pastu selang sehari asyik call..aku x jawab pun....biaq ja...pasai aku save nombor dia...so senang nak cam...
Then x bunyi dah....selang sebulan plak ada pompuan call aku...aku ringkaskan ja la noo...

Pompuan: En jefrizal....encik ada tunggakan bayaran untuk takaful ni...
Aku: saya dalam meeting....(aku plak tipu depa ni)
Pompuan: ooo..ok nanti saya call balik....
paihtu x call pun...selamat aku...

Then kemarin yakni 4 May 2011 pompuan tu call lagi....
Pompuan: En. Jefrizal......
Aku: Ya saya...(sopan jugak)
Pompuan: saya daripada takaful amanah center....
Aku: (alamakkkk...dia call lagi)......Helloooo...hello.....x dengar.....
Pompuan: HELLO! HELLO!! Hello encik.....
Aku: (senyap)
Pompuan: Hellooo...Heloooooo
Aku: SAYA DALAM MEETING....x dengar laa.....hello hello......(lakonan bodoh dari aku...aku end call). hahahaha

dia call balik....
Aku: Hello...ya...saya dalam meeting sebenarnya...(tipu lagi)
Pompuan: saya cuma nak pastikan encik dah buat pembayaran atau belum berkenaan tunggakan takaful amanah ni...
Aku: Nanti saya check akaun....saya call balik...
Pompuan: OK.

lepas tu aku sms dia...
Aku: "sy dlm meeting skrg. berkenaan tadi, jika saya nak batalkan boleh x? sy xnak teruskan.."
pompuan tu: "ini adalah tahun ke2 dan terakhir encik. kami just nak confirmkan semula maklumat encik utk kepastian itu sahaja."
Aku: "sy ada tanya pihak maybank dan takaful ikhlas sendiri dan mereka jwb, tak ada buat promosi sesama sndri. sy juga x pernah ambil takaful ikhlas dan x ada tahun 1."
pompuan tu: "kalau begitu boleh saya dapatkan tarikh bila encik hubungi HQ kami takaful ikhlas ?"

pasai pa plak hg nak tau aku talipon bila..suka hati aku la....aku pun terus call minah tu...
Aku: Hello
Pompuan tu: Siape ni?
Aku: Saya....Jefrizal....
Pompuan tu: oo yang call encik tadi tak ada kat tempatnya....
Aku: oo ya ka...tapi pasai pa suara u sama ja macam pompuan tadi..
Pompuan tu: tak..tak...saya org lain...berkenaan tunggakan pembayaran encik....(tiba2 ja hg tau apa yg aku sembang dgn 'pompuan tadi' tu kan...)
Aku: Saya nak cancel boleh tak..sebab saya x pernah pun amik benda ni....tiba2 ada tahun kedua...
Pompuan tu: (aku ringkaskan yg dia cerita lebih kurang mamat celaka di atas)..
Aku: Yang call saya dulu apa ntah nama dia...Ridzuan ka apa xtau...
Pompuan tu: ohh en.ridzuan tu dah kena buang kerja...
Aku: aik...pulak..bila dia kena buang?
Pompuan tu: Awal bulan 4 hari tu....dia suka paksa client...
Aku: Ok..macam ni la...u sms no ic u dan nama u sekali...saya nak buat pengesahan dgn beberapa pihak dulu...
Pompuan: OK....

Dia pun sms la...
aku reply sms dia..."tlg bagi alamat web sekali"

Aku call maybank...tny lagi sekali...dan lagi sekali maybank sahkan TAK PERNAH ada link dgn takaful amanah...
aku pun bukak la website yg dia bagi tu...
website kampeni takaful mmg mcm ni ka? hahahaha

aku call balik minah tu...

Aku: Hello...
Pompuan tu: siape ni?
Aku: Jefrizal...........(dgn nada garang...hahaaha)
Pompuan tu: oo ya...jadi macam mana...
Aku: apa website yg u bagi tadi..www.takaful.com.my kan?
Pompuan tu: ya..takaful.com.my
Aku: saya bukak website tu xdak tulis pasal takaful amanah pun...perkataan amanah pun saya x jumpa...betul ka?
Pompuan tu: eh...xkan xde..ade la....(dia slang KL)
Aku: Cuba u bukak tengok...bgtau saya apa yg u nampak...
Pompuan tu: Sekarang waktu rehat encik..lepas pukul 2 baru boleh bukak...
Aku: (barua aih...xkan x buleh kot..kampeni apa ni..) I customer yg kena tipu dgn pekerja u yg dah kena buang kerja...so u patut layan...
Pompuan tu: x encik...sekarang waktu rehat..kami tak boleh bukak website tu...lepas pukul 2 baru boleh..
Aku: U ni mcm menipu ja...
Pompuan tu: kejap yer encik....(dia bengang)....(bercakap dgn seseorang kat belakang)...
Lelaki Y: Hello encik...
Aku: aik..macam mana buleh tukar penjawab panggilan pula ni...?
Lelaki Y: Apa masalah encik sebenarnya..boleh saya bantu...
Aku: U ni sapa plak?
Lelaki Y: hmm..saya ni...macam mana nak cakap erk...saya ni kira bahagian penerangan la...
Aku: (boleh plak rasa2 n kira2) masalah saya sekarang, berkenaan dgn panggilan yg saya dapat drpd en.ridzuan......(aku x sempat abih ckp Lelaki Y potong)
Lelaki Y: Ridzuan tu dah lama x datang kerja...
Aku: pulakkk...tadi pompuan tu ckp dia kena buang...mana satu betul ni?
Lelaki Y: ya la...dia dah lama x datang kerja...(tadi pompuan tu ckp sbb suka paksa client)...jadi kami keluarkan surat berenti kerja utk dia...
Aku: oooo...(aku oo kan ja la)...
Lelaki Y: Jadi sekarang apa masalah encik...(dia dah bengang)
Aku: Saya syak korang menipu...dalam website yg pompuan tu bagi xdak tulis pun pasal takaful amanah...
Lelaki Y: Eh...ada la encik....
Aku: Saya dah scroll abih semua page saya tgk xdak pun..yg ada pasal etiqa dan website mcm website personal agen ja pun....
Lelaki Y: eh..xkan kot...
Aku: Ok sekarang u buka sendiri web tu....
Lelaki Y: Sekarang waktu rehat, kami x boleh buka..lepas pukul 2 baru boleh...
Aku: hmmm...u ni tipu ni..
Lelaki Y: macam ni la encik..kami akan cancel/terminate nama encik memandangkan encik pun belum buat apa2 pembayaran lagi..
Aku: eh boleh pulak cancel..hari tu ckp hidup mati saya wajib bayar benda ni...benda yg saya xtau pun saya ada ambil...
Lelaki Y: ni semua utk pemegang kad visa/mastercard...kalau encik daftar..macam mana nama encik ada kat kami?
Aku: Bila masa saya daftar? x pernah daftar pun....opis u kat mana? nama apa opis u?
Lelaki Y: wangsa maju...HONEYblalalalVISTA SDN BHD....
Aku: Opis u wangsa maju kat mana?
Lelaki Y: sebab apa encik nak tau?
Lelaki Y: OK...kalau macam tu kami cancel ja la...(teruih tukaq topik)
Aku: haihhh....kejap boleh cancel..kejap x boleh...
Lelaki Y: Dah kes jadi susah sgt dgn encik, kami potong ja la nama encik.....
Aku: OK...itu yg saya nak..
Lelaki Y: OK encik..terima kasih....(dengan nada penuh marah dan bengang)

Takaful Amanah??? pernah dengaq? bodoh! bagi website pun x meyakinkan....igt aku ni x reti ka pasai website2 ni....salah org la brader....jadi berhati2 dengan depa ni.....modus operandi yang macam haram jadah!!!
ni no fon depa 0162296053 & 0341481053

Anda SUKA anda LIKE

Wednesday, May 4, 2011


Awat buat lagu tu?

Gadis tolak cinta lelaki dibunuh



TUKANG masak yang dipercayai membunuh Ratna.


ALOR SETAR - Hanya kerana enggan berkahwin dengan teman lelakinya, seorang wanita berumur 23 tahun ditikam hingga mati di bilik sewa lelaki itu di Taman Mahkota, Jalan Stadium di sini malam kelmarin.
Mayat Ratna Sufizzah Riyanti Omar ditemui mati pada pukul 11 malam dengan kesan tikaman di perut, dada dan tangan.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan berkata, kejadian berlaku ekoran wanita itu menolak lamaran teman lelakinya yang berusia 50 tahun menyebabkan lelaki terbabit berang dan bertindak di luar kawalan.
"Suspek seorang tukang masak menyerah diri di balai polis di sini pukul 1.30 pagi dengan membawa pisau yang digunakan untuk membunuh mangsa setelah dinasihatkan oleh majikannya.
"Suspek mengenali mangsa sejak lima hingga enam tahun lepas. Suspek telah mempunyai keluarga di Johor," kata beliau di sini semalam.
Sebelum bekerja di sebuah restoran di Jalan Sultanah Sambungan di sini sebulan lalu, suspek pernah bekerja di sebuah hotel di Genting Highlands, Pahang.
Mangsa dari Kampung Balik Bukit, Tobiar, Pendang itu bekerja di sebuah kilang di Gurun sejak setahun lalu selepas menamatkan pengajian dalam bidang Sains Nukleas di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ogos 2010.
Awat hg buat lagu ni...hg dah ada keluarga..kalau org xmau tu, terima ja la dgn redha...x pasai2 neraka menanti hang...ni la jadi bila nafsu menguasai diri....

Anda SUKA anda LIKE