Ten:Ten:Ten

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 26, 2011


Al-Fatihah

Al-Fatihah buat rakan sejak dari sekolah rendah...
Abdullah Zubair Bin Ismail aka Ali Bana (nama di FB)
Misteri kehilangan beliau di Bukit Larut, Taiping ketika berjoging (info Berita Harian & Harian Metro) terjawab apabila pasukan gerakan mencari menemui mayat beliau. 

Semoga Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. Amin.

Anda SUKA anda LIKE

Tuesday, April 19, 2011


Cerita komen dan pages di Facebook

La ni dah wujud mcm cendawan tumbuh lepaih hujan page2 yang pelik2 kat Facebook. Kebanyakan pages ni aku rasa bermula dgn skrip dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. abih segala skrip/dialog yg lawak2 dijadikan page FB. jenuh. Dah wujudnya pages mcm ni, org pon guna pages ni utk buat komen/ status (perangai malaih taip). contohnya 2 org member aku yg tak dapat aku nak bocorkan nama sebenaq depa...hahahahah


Anda SUKA anda LIKE

Friday, April 15, 2011


Hidu Pen Marker

 Hahaha..pen marker pon jad keja. mmg btoi2 gila la...tu x kira yg dok hidu taik lembu lagi tu...dari dok hidu pen marker, gam, petrol, taik lembu dan lain-lain lagi baik hampa pi tlg polis ganti anjing ka utk hidu dadah ataupun barang salah lain...anjing pun x hidu gam....bodoh!

Remaja hidu pen marker ganti gam

hidayat.azmie@kosmo.com.my


REMAJA kini melepaskan gian dengan menghidu pen marker.– Gambar hiasan


PUTRAJAYA – Tidak cukup menghidu gam dan minyak petrol, kini ada sebilangan remaja di negara ini melepaskan gian menghidu bahan alkohol dan bahan kimia yang terdapat di dalam dakwat pen penanda atau marker.
Teknik terbaharu itu didedahkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) ekoran beberapa operasi pihaknya sejak kebelakangan ini.
Ketua Pengarah AADK, Datuk Zuraidah Mohamed berkata, harga pen berkenaan yang jauh lebih murah selain mudah diperoleh di pasaran juga dipercayai menjadi punca ia pilihan utama remaja sebelum berjinak-jinak dengan dadah sebenar.
“Caranya, mereka menghidu kepala pen ini sekuat mungkin bagi mendapatkan kesan khayal yang maksimum dan tidak kisah jika hidung diwarnai dakwat sekalipun kerana yang penting mereka khayal,” ujarnya selepas Majlis Anugerah Cemerlang AADK 2010 yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop di sini semalam.
Seramai 492 anggota dan pegawai AADK menerima sijil penghargaan dan wang tunai RM1,000.
Menurut Zuraidah, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan terdapat peningkatan pengguna dadah di kalangan remaja terutamanya kes melibatkan bahan mengkhayalkan.

Anda SUKA anda LIKE

Wednesday, April 13, 2011


Penyanyi tahi dadah dipenjara

agak kasaq bunyinya...haha..kosmo ooo kosmo...awat tulih kasaq lagu tu..
paper lain xdak la kasaq sgt tulih..cuma tulih "Ameng dijel blalallala...."


AMENG dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Melaka selepas dijatuhi hukuman penjara lapan tahun semalam.


MELAKA - Vokalis kumpulan Spring, Ameng dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan memiliki dadah dan memasukkan bahan itu ke dalam badannya pada awal Februari lalu.
Hakim Abu Bakar Katar memutuskan Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 43, dipenjara lapan tahun serta hukuman sebatan maksimum 10 kali bagi pertuduhan pertama dan penjara dua tahun bagi pertuduhan kedua kerana kesalahan memiliki dadah.
Sementara itu, bagi pertuduhan ketiga iaitu memasukkan dadah ke dalam badan, Ameng dipenjara setahun serta dua tahun perlu berada di bawah pengawasan polis.
Ketiga-tiga hukuman yang diputuskan itu diarahkan berjalan serentak bermula dari tarikh tangkapan pada 1 Februari 2011.
Dalam pada itu, isteri Ameng iaitu Sabariah Zakariah, 41, yang sebelum ini turut berhadapan dua pertuduhan serupa iaitu memiliki dadah dibebaskan oleh mahkamah selepas ketua unit pendakwaan bersetuju menggugurkan pertuduhan terhadap wanita itu.



Harian Metro yang ganaih tu pun x tulih macam hampa ni....ish2..

Anda SUKA anda LIKE

Tuesday, April 12, 2011


Jangan Sangka Air Yang Sedap Tiada....

AWAS!!!

 

 PERHATIAN!!! Ini orang sgt kurang ajaq dan kalau jumpa tolong laporkan kepada pihak berkuasa dan juga terajang sorang 5 kali.

Anda SUKA anda LIKE


Cerita Ikan Patin dan Bil RM13,000!

nahhh..awat x amik makan ikan patin kena bayaq sampai RM13,000. hahaha. tapi hg komplen pun agak2 la. hg bawak sampai 50 org pi makan...paihtu hg order ikan patin yg stok mahai punya (xtau la brp ekoq hg order, yg pasti bukan sekoq). mintak bil kena sampai RM13,000...."saya terpaksa membayarnya" ujar si pengomplen. hahaha. 
nampak sgt kome ni org kaya yer. kalau kome x kaya, xkan kome buleh membayar. baru padan muke kome. 
tapi harga tu agak logik jugak la jika nak dikira dgn harga ikan patin dan juga jumlah 50 org makan tu. 

 sekoq RM200...cukup ka makan 50 org?

nampak sodap bonar ni...terliuq aihhhh!

Anda SUKA anda LIKE

Thursday, April 7, 2011


Lambang Misteri Tidak Misteri Lagi


Tak sampai 24jam lagi misteri 'lambang misteri' yang didapati di merata-rata, traffic light, tiang lampu, surat khabar & juga iklan TV akan diumumkan. Tapi nampaknya ada yg dah dapat bongkar menatang apa lambang misteri ni. So aku pun nak bongkar jugak la.

Ianya dinamakan Celcom Kolony. ahahaha.....kolony.com.my sebagai bukti.
ianya adalah pakej baru untuk Celcom Xpax dan akan dilancarkan pada esok iaitu 8 April 2011. Jadi lambang misteri tersebut bukan lagi misteri. 

Terima kasih kepada blog Amanz.my dan aku juga sendiri dah pun buat siasatan terhadap laman web Kolony tersebut dan ternyata ianya benar....


*Lambang Misteri Tidak Misteri Lagi*

Anda SUKA anda LIKE

Monday, April 4, 2011


Anugerah Bintang Popular 2010 | Pemenang | TV3


Salam.

Seperti yang semua sedia maklum, pemenang Anugerah Bintang Popular 2010 telah pun diketahui dan pemenang bagi kategori Bintang Paling Popular 2010 ialah Shaheizy Sam
Tahniah buat Shaheizy Sam.
Shaheizy Sam telah menewaskan Zizan, Faizal Tahir, Shahir.

Berikut merupakan Senarai Penuh Pemenang Anugerah Bintang Popular 2010:

Bintang Paling Popular - Shaheizy Sam
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Datuk Rosnani Jamil 
Penyanyi Lelaki Popular - Faizal Tahir
Penyanyi Wanita Popular - Yuna
Pelakon Filem Lelaki Popular - Shaheizy Sam 
Pelakon Filem Wanita Popular - Lisa Surihani 
Pelakon TV Lelaki Popular - Remy Ishak 
Pelakon TV Wanita Popular - Fasha Sandha 
Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular - Sixth Sense 
Artis Nasyid Popular - Rabbani 
Artis Komedi Lelaki Popular - Zizan 
Artis Komedi Wanita Popular - Norkhiriah 
Artis Baru Lelaki Popular - Shahir 
Artis Baru Wanita Popular - Ana Raffali 
Pengacara TV Lelaki Popular - Aznil Hj Nawawi 
Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana 
Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail 
Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana
Artis Mobile Popular - Sixth Sense
Tahniah kepada semua pemenang.

Apa yang cuba nak tulih kat sini adalah berkenaan perjalanan Siaran Langsung ABPBH2010 kali ni. Aku ni bukan lah pandai sgt bab2 teknikal, tapi tau la jugak sikit2. Ke mana hilangnya kualiti Siaran Langsung yang ditunjukkan oleh krew2 TV3 sebelum ini yang gah dgn Anugerah Juara Lagu dan lain-lain. Kesilapan demi kesilapan dapat kita lihat daripada lighting sampai la ke kamera. Bagi aku dgn acara sebesaq tu, SANGAT MENGECEWAKAN!
Sebab apa aku kata kecewa? 
1. Ada lebih dari sekali kesilapan krew kamera. Pada ketika Dynas, Jehan Miskin & Irma jadi penyampai, kalau hampa semua perasan kat Jehan ada bayang, hampa tau bayang apa? tu adalah bayang kren kamera (ala kamera yang selalu letak kat kren untuk shot jauh tu). Kat situ aku dah mula, apa kejadah krew kali ni? 
2. Pastu kalau setiap kali persembahan artis, kat belakang LED tengah ada stage cameraman yang dok menunggu que utk amik port kat atas pentas tu. apa yang jadi persoalan, kalau nak sembunyi, biaq sampai x nampak teruih. mmg slack abih.
3. Kadang2 aku tgk setiap cameraman mcm xdak komunikasi, bleh plak bila pertukaran shot kamera, subjek terlindung dgn kren? apa kejadahnya semua ni. Kren lebih cantik daripada artis ka utk ditayang kat TV tu?
4. Pada ketika tayangan calon2 untuk anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular kalau x salah aku, sound untuk bagitau nama2 calon tiba2 x dengaq, soundman buat apa?
5. Lighting aku rasa mcm ada problem skit, rasa mcm ada beberapa ketika gelap skit untuk disaksikan di TV.

Apa yang aku boleh puji adalah gandingan baru pengacara, Zizan mmg boleh jadi pengacara untuk acara sebegini, dgn lawak2 yg dia buat tu walaupun dah jadi common, tapi menghangatkan suasana jugak la. 
Pastu gimik penutup menampilan Johan (Abi Hurairah) & Usop Wilcha. mmg pecah perut aku gelak. terbaeekkk.

Kepada krew siaran langsung ABPBH2010, baik hampa buat post mortem betoi2. Memang imej korang dah tercalaq besaq. 
Tahniah buat Shaheizy Sam!!! lu bawak mak lu naik pentas mmg gua respek habih!

Anda SUKA anda LIKE