Ten:Ten:Ten

Daisypath Anniversary tickers

Monday, February 21, 2011


| Kerja Gila Makan |

Kemarin, hari Ahad aku dan puan niza buat kerja gila. ni semua pasai x makan tengahari. haha. dok cari geng nak bersuka ria, tapi last2 x jadi. konon nak keluaq lunch la tghari, last2 sampai pkoi 4 lebih x keluaq2 lagi. mula puan niza kata pi makan kat Kg Baru laa tang lauk byk2 tu. tapi aku dok pikiaq, alang2 dah ptg camtu baik makan malam teruih. hmm tiba2 teringat puan niza dok 'teringin' makan ketam. HAH!!! Bagan Lalang! hahaha...aku kata kat puan niza.."jom pi makan ketam kat Bagan Lalang". puan niza jawab "bleh gak, kalau abg bawak, syg ikut ja". tu dia tu diaaaaa. apa lagi, lepak sat sampai pukoi 5, keluaq teruih pi Bagan Lalang. singgah kat Petronas beli roti High 5 berintikan sambal bilis, kot sakit perut pedih (gemuk mcm ni pon pedih perut ka x makan tghari?) telan sebijik roti, bukan sebuku roti nooo. YES! Jom pi Bagan Lalang. kami sampai dalam pkoi 6 mcm tu la kat HM Bagan Lalang. elok2 kedai baru buka. sempoi...tapi plan nak makan pkoi 8, nak pi jalan2 kot pantai dulu. so kami pi pilih makanan dulu n reserve tempat habaq kata nak makan pukoi 8. yang membuatkan KEJA GILA menjadi GILA MAKAN, kami pilih ketam 4 ekoq, ikan siakap sekoq, siput lala, udang 6 ekoq, sotong 3 ekoq. Nahhhh! makan 2 org sampai lagu tu. mmg GILA! paihtu pi lepak2 tepi pantai dgq deruan ombak (konon!). pkoi 715 baru gerak pi kedai ikan bakaq tu blk. tunggu maghrib, semayang pastu baru pi makan! disebabkan kami reserve tmpat duduk n dah pilih makanan awai, jadi bila sampai ja kat pkoi 8 tu, teruih duduk n teruih dpt hidangan! yaaa! kami berdua makan mcm 4 org makan! hahaha. nasib baik aku x makan tengahari. last sekali yg tinggai hanya sekoq ketam. yang lain mmg clear! Line Clear! Semua sekali RM160.50. terbaik wok!

*kalau teringin sesuatu, baik buat ja teruih, takut nanti kempunan*

Anda SUKA anda LIKE

Monday, February 14, 2011


Honeybulan Part III

"...balik daripada Ice Dome terus berjalan-jalan kat pekan Hatyai. Membeli pulut mangga, buah anggur & nasi beriani ayam Hatyai style (semua ini Halal ok). Kesemua gerai-gerai tepi jalan yang menjual makanan halal akan dipaparkan tanda halal supaya mudah untuk orang Muslim membeli makanan. PERINGATAN! McDonald Hatyai adalah tidak halal manakala KFC & Pizza Hut HALAL. Balik ke hotel untuk berehat. Setelah berehat sebentar, kami pon makan malam dengan makanan yang dibeli tadi. *Pulut mangga dia, ya Allah.....sedap yang amat! Pulut yang lembut ditambah dengan santan gula yang manisnya secukup rasa dan mangga yang manis elok* Nasi beriani ayam Hatyai style memang style rasa pelik sikit. Tapi not bad la. Maka selesailah hari pertama di Hatyai.

Hari kedua di Hatyai, pi sarapan kat Salma Restaurant. Ada nasi lemak, roti canai dan teh tarik! Selesai sarapan, pergi mencari agen untuk Songkhla Tour. Dapat la satu agen ni, orang Cina yang berasal dari Malaysia. 800Baht untuk ke 5 tempat menaiki kereta Honda. hahaha. Kami dibawa ke Sleeping Buddha (besaq gak la Buddha depa dok baring baekkk punya),Tinnasulanon Bridge "The bridge, which is the longest concrete bridge in Thailand, spans Songkhla Lake and is part of Highway 408."(kata Mr Google), naik feri ke Pantai Samila, tengok monumen bersejarah, pi kat monumen tembaga berupa duyung tepi pantai Samila (tempat feveret org pi Songkhla) dan kemudian balik ke Hatyai untuk mencari makan (lapaq baq angggg). Lepas tu naik Tuk-tuk, sejenis pengangkutan awam yg kecik comey, bayaq sorang 20baht untuk ke Bazaar. *panjang lagi ka nak abih cerita honeybulan aku nih* Waktu malam, makan lagi pulut mangga, bini makan pulut durian lepas tu minum ayaq nyioq, beli udang goreng. Lepas tu jalan2 lagi kat pekan tu. Tiba-tiba datang seorang mamat Siam mai tepuk bahu aku dan bertanya "alo bos, *tiger show* tonight? u want? *open all*!" tu dia.....aku pon menjawab "Don't want, don't want", bini sebelah dok sengih menandakan yang dia lega aku tak pi tgk *tayangan harimau* tersebut. hahahaha. Kami pon balik ke hotel dan menikmati tidur setelah penat berjalan.

Hari ketiga, kami pon balik. hahahaha. *TAK LARAT NAK CERITA DAH AIH*

Anda SUKA anda LIKE

Friday, February 11, 2011


Honeybulan Part II

Ada ka Part I??? hahahaha

" ...Kami pun mengambil keputusan untuk ke Ice Dome menaiki teksi Siam dengan bayaran 600baht. Kami agak tertipu memandangkan Ice Dome tersebut tidaklah sejauh yang disangka. Sampainya kami di Ice Dome, kami perlu membeli tiket masuk pula berharga 300baht untuk dewasa. Setelah membeli tiket, kami dibawa ke tempat mengambil jaket (hanya jaket & sarung tangan sahaja diberi). Setelah siap pakai, taklimat oleh 'amoi' Siam dimulakan. "Sawadee kapp, kung krai krung krai kraii..kap kap masuk kot pintu keluaq kot tingkap". Begitulah taklimat beliau yang kami langsung tidak faham sepatah halal pun. Kami cuma bergembira bergambar berdua. Setelah taklimat yang penuh informasi diberikan, kami pun dibenarkan masuk. Apabila pintu dibuka "Mak aihhh, sejuk nak mampoihhhhhh". Untuk makluman pada pembaca budiman sekalian, suhu tempat tersebut adalah -15 darjahcelcius. Sejuk bukan? Kami pun teruja bergambar memandangkan tiada orang yang faham apa yang kami berdua cakapkan dan kami juga tidak faham apa yang mereka cakapkan. kahkahkah. Setelah puas berada di dalam Ice Dome, kami ingatkan lama rupanya cuma sekejap sahaja. Aku pun cuba bertanya kepada pemandu teksi kami tadi yang setia menunggu "Can we go to Songkhla today?". Pemandu menjawab "Erk...kenot, car...engine kennot setat...brum brum brum...go back cas beteli". Aku berkata dalam hati "Celaka org tua Siam ni, tadi sebelum mai Ice Dome ni kata buleh bawak pi Songkhla". Jadi kami pun pulang ke pekan Hatyai......akan bersambung lagi..tungguuuuuuuu"

Anda SUKA anda LIKE

Thursday, February 10, 2011


Honeybulan

Cuti raya cina yg baru ni aku dan isteri terchinta pi 'honeybulan' yg pertama sejak kami bernikah pada sepuluhsepuluhsepuluh yg lalu. Tapi kami pi x jauh pon, pi Hatyai saja. Hampa tau dak Hatyai tu tang mana? Hatyai tu terletak kat Thailand. Aku cuma menggunakan border pass sahaja, bini aku ada pasport dia pakai pasport la. Kami pi 3 hari 2 malam. Dok kat V.L Hotel, dalam pekan Hatyai. So senang nak jalan2 kat pekan dia. Mai nak cerita skit pasai pi sana.

"Pada 31 Januari 2010, saya dan isteri saya, Nuranizawati telah bertolak ke Bukit Kayu Hitam untuk mengambil teksi pergi ke Hatyai. Kami dihantar oleh abang ipar dan kakak kami memandangkan kami tidak mahu meninggalkan kereta di situ. Setibanya kami di Changlun (tadi kata Bukit Kayu Hitam...hahaha), kami pon mengambil teksi untuk ke Hatyai. Bayaran yang dikenakan adalah RM65 sahaja. Pada mulanya kami menaiki teksi Malaysia, tetapi pemandu teksi tersebut cuma bawa kami ke Kompleks Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam untuk ditukarkan dengan teksi Siam pula. Jadi kami pon bertukar teksi dan bergerak terus ke Hatyai. Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam dari Bukit Kayu Hitam. Pemandu Siam tersebut menghantar kami terus ke hotel. Kami disambut dengan 'Sawadee kapppp' oleh penyambut tetamu V.L Hotel. Bilik yang diberikan amat baik sekali. Kami berehat sebentar dan kemudiannya kami keluar berjalan-jalan. Kami pun mengambil keputusan untuk ke Ice Dome menaiki teksi Siam dengan bayaran....(lupa la plak, nanti la sambung...hahah..nak tanya bini sat)"

Anda SUKA anda LIKE