Ramai bekerja lebih lapan jam sehari

KUALA LUMPUR - Hampir separuh pekerja Malaysia bekerja lebih lapan jam sehari dan membawa pulang kerja secara tetap untuk diselesaikan pada sebelah malam, demikian menurut dapatan kajian global terbaharu dari Regus.
Regus, penyedia tempat kerja fleksibel terbesar di dunia, telah mendapatkan maklum balas daripada lebih 12,000 ahli perniagaan di 85 negara.
Alasan tekanan pada waktu bekerja yang boleh dipertikaikan telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan disebabkan pemulihan dalam ekonomi yang perlahan di ekonomi matang dan sebaliknya sangat pantas dalam ekonomi baharu muncul, kata Regus dalam satu kenyataan di sini semalam.
Kajian itu mendapati 32 peratus daripada pekerja Malaysia dan 38 peratus daripada pekerja global biasanya bekerja antara sembilan hingga 11 jam setiap hari manakala 15 peratus pekerja di Malaysia bekerja secara tetap lebih 11 jam sehari berbanding dengan 10 peratus di seluruh dunia.
Naib Presiden Regus Asia Tenggara, Australia dan New Zealand, William Willems berkata, kajian itu mendapati terdapat kekaburan mengenai garisan kerja dan rumah.
Kesan jangka panjang terlebih kerja ini boleh merosakkan kesihatan pekerja dan produktiviti keseluruhan apabila para pekerja memaksa diri mereka bekerja teruk dan menjadi melawan, murung dan malah tidak sihat dari segi fizikal, katanya.
"Sambil kajian kami mendapati pekerja yang bekerja di tempat yang jauh dan mudah bergerak bekerja dalam dalam tempoh yang lama, wujud bukti yang menunjukkan bahawa para pekerja yang bekerja di tempat yang jauh lebih produktif, mempunyai kepuasan bekerja dan paras tekanan yang rendah," katanya, sambil menyatakan para pekerja sedemikian biasanya kurang melakukan perjalanan, sekali gus membolehkan mereka menggunakan lebih banyak masa bagi pekerjaan masing-masing.
Perniagaan yang membolehkan warga kerja masing-masing bekerja dari lokasi yang berdekatan rumah dan menguruskan masa secara bebas akan menyeimbangkan tekanan keseimbangan kerja dan kehidupan dan menjadi lebih produktif, komited dan lebih sihat, katanya. - Bernama

Memang betoi ramai yg kerja lebih 8 jam, ada yg bawak balik rumah kerja yg dilakukan. Balik buat kat rumah pula waktu malam. Yang buat keja hari minggu pun ada. Walhal hari minggu adalah hari cuti rehat setelah lebih 40jam bekerja seminggu. Namun semua itu dilakukan bukannya saja seronok2, tapi tuntutan garis masa kerja. Ada yang perlu disiapkan mengikut garis masa. Ada yang ingin mencari duit lebih untuk menampung kehidupan yang semakin tinggi taraf hidup, lebih2 lagi hidup di kotaraya. Jadi, kesalahan bukannya di atas pekerja itu seorang, tetapi ada tuntutan yg perlu diselesaikan. - TidakBernama

Anda begini? Hahahahahaha :D