Ibu segala pingat emas!


Itulah yang digambarkan terhadap pingat emas acara bola sepak. Sememangnya pertemuan Indonesia menentang Malaysia di Final Sukan Sea 2011 ini merupakan pertemuan ibarat buku bertemu ruas. Indonesia sememangnya sudah lama berdendam dgn Malaysia apatah lagi selepas tewas pada perlawanan peringkat kumpulan. Dengan sokongan padu 'tentera' merah putih yang terkenal dengan provokasi melampau pastinya Stadium Gelora Bung Karno akan lebih ber'gelora' malam ini. Dengan slogan 'Ganyang Malaysia' dan 'Maling' yang sering dilemparkan terhadap skuad Harimau Malaya. Itulah 'tamadun' penyokong Indonesia. Mentaliti penyokong Indonesia lebih rendah berbanding negara2 lain. 

Seluruh rakyat Malaysia berdoa agar skuad bola sepak negara dapat bertahan dari segi mental dan juga fizikal dengan provokasi yang sudah PASTINYA akan dilakukan oleh pasukan Tuan Rumah! Malahan barisan jurulatih juga pastinya akan diuji mental. Sikap berat sebelah pengadil mungkin, MUNGKIN akan terjadi jika diambil kira dari beberapa acara Sukan Sea yang berlangsung di negara Garuda tersebut. 

 
Yang pastinya hampir seluruh rakyat Malaysia akan mengadap TV masing2 jam 830 malam ini untuk menonton perlawanan akhir yang akan penuh dgn kontroversi ini. 
Sama-sama kita doakan kejayaan skuad Harimau Malaya membawa pulang ibu segala pingat emas ini ke bumi Malaysia! 

Aku dan isteri sama2 sokong kejayaan skuad Harimau Malaya malam ni!

Kami sokong Malaysia! Tanah Tumpahnya Darahku!

Gemuruh Suara

MALAYSIA BOLEH!