Dah lama x update, last update ucapan selamat hari raya...hahaha...
macam mana raya hampa semua? baguih ka? makan kuih byk ka? makan ketupat lemang byk ka? buleh main mercun ka? 
ni nak cerita kat hampa semua, raya aku kali ni adalah sgt2 la berbeza berbanding 26 tahun yg dulu...hahaha..lama bukan? pasai apa? pasai kali ni aku raya sebagai seorang suami. dan.....haa ada dan....kali pertama juga la raya pertama aku tak beraya di jitra. kahkahkahkah. tahun pertama sbg suami isteri, aku beraya di rumah mertua aku di Nibong Tebel....xpa la ala penang - jitra jauh mana sgt. raya kedua baru blk jitra. 





Raya pertama tu abah mertua aku kena keja, demi negara, maklum la polis. So ptg tu baru blk rumah mak ngah di sg petani jumpa sanak saudara sebelah isteri. 
Raya kedua pagi2 dah siap utk gerak blk jitra beraya bersama keluarga sebelah aku pula. Dah sampai jitra, beraya dgn mak ayah, paihtu blk kampung sebelah ayah aku di hutan kampung dan sebelah mak aku di kodiang. penuh satu hari suntuk dgn aktiviti. Malam tu dan pi rumah Apit 'pendek' sat pasai mak dia dah taruh  sup perut kat aku. baguih mak dia...hahaha tahun depan buat lagi na....
Raya ketiga x igt buat pe dia....yg aku igt malam tu makan sate rumah jim dan main futsal raya bersama kawan-kawan sekolah. Reunion futsal raya.

terlalu byk nak cerita dalam minggu pertama raya. dengan isu 'ayaq mata syawal'  la 'jantan x guna' la 'kek coklat' la....hahahaha...semua tu tersangat la memeriahkan suasana raya tahun ni....saya suka!