Pompan Bensin - Jangan Lupa Namaku


Aku tau ramai yg tgk drama bersiri Ramadan Terakhir ni kan? paihtu ramai yg suka dgn lagu tema cerita ni. Sebenaqnya ramai yg dok cari lagu ni kat internet, tapi band yg nyanyi lagu ni mmg pandai, depa hold full version sampai peminat FB fan page depa mencecah 5000 likes. Kemarin 18/8/2011 cukup la 5k likes kat fan page depa. So pihak admin pun mengupload full version lagu tu yg bertajuk Jangan Lupa Namaku. Oh lupa plak nak bgtau nama band depa ni...hahahaha....nama depa adalah POMPA BENSIN yg bermaksud pam minyak jika ditranslate dari bahasa indonesia ke bahasa melayu. Pada awainya ramai yg pakat dok teka sapa penyanyi2 yg menyanyi lagu dalam lagu Jangan Lupa Namaku ni. Ada yang teka Azma Aiza Yusof, Aqasha & Nadia Aqilah. Tapi bila kemarin depa reveal sapa ahli band depa yg betoi cuma Azma Aiza Yusof saja. Aqasha & Nadia Aqilah tak tersenarai pun.
Tapi setelah aku selidik (rajin pulak aku selidik), ni senarai penuh nama2 ahli kumpulan depa....
AzmAiza Y (vocals) | AG (bass, guitar, keyboards & percussion) | Andra Ahmad (Vocals & guitar) | Aidan Haliqa (vocals)
Ada satu nama lagi yg aku rasa tekaan org ramai betoi....cuma tgk nama last sekali AIDAN HALIQA.
hahaha...cuma hampa terbalik kan ejaannya....NADIA AQILAH! 
Cuma xtau Andra Ahmad tu sapa ja lagi. 
Ramai juga yang dah buat post blog pasai group ni selepas keluaqnya full version lagu ni n band profile depa kemarin. Yang merevealkan ahli2 pun ada, cuma ramai yg x puas hati sapa Andra Ahmad tu. Depa pakat kata tu Aqasha. Aku pun xtau. hahaha...yg pasti lagu Jangan Lupa Namaku mmg best pun.

Klik sini nak download MP3 Full Version lagu ni: Pompa Bensin - Jangan Lupa Namaku

Lirik:
Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku
Kerana...
Aku mengingati mu
Kerana...
Aku men’cintaimu...
Andai aku bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur
Kerana...
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati
Walau kamu jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan
Kerana aku
Sentiasa mengingatimu
Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh sepenuh hati...
Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati
Kerana...
Aku merindui mu
Hmmm...Kerana aku sentiasa menyintaimuuu......