Berikut adalah kadar zakat fitrah bagi seluruh negeri di Malaysia untuk tahun ini. 
Jangan dok ralit nak raya saja. Rukun Islam yang ke-4 ini jangan dilupa.


Bayaq la Zakat, Tunaikanlah kewajipan.

Waktu mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan terbahagi kepada 5:
  • Wajib : Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Paling Afdhal : Sebelum sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri
  • Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
  • Makruh : Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
  • Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
*Terdapat kesilapan pada gambar di atas di mana Kadar Zakat Fitrah bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor adalah RM7.00. Harap Maklum.