28 Julai 2011
Stadium Nasional Bukit Jalil
Malaysia vs Singapura
Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 Brasil

Tarikh penyatuan lebih 85,000 rakyat Malaysia di Stadium Nasional.

 
Aku sangat terharu dan tacing bila tengok begitu sayangnya rakyat Malaysia dengan bola sepak negara. Datuk K.Rajagopal & skuad Harimau Malaya memang telah berjaya mencipta fenomena kebangkitan bola sepak negara dari segi permainan dan juga sokongan daripada penyokong. 
Ketika lagu Negaraku berkumandang semalam, nyanyi penuh semangat, mmg sangat2 terharu dan bangga!
Namun apakan daya, kesudahan perlawanan timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil ini menyaksikan Malaysia gagal untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya dalam Kelayakan Piala Dunia 2014. Walaupun seri 1-1 perlawanan semalam tetapi kemenangan Singapura pada pusingan pertama 5-3 menyaksikan agregat 6-4 dimiliki Singapura. 
Apa yang dikesalkan adalah sikap 'PROFESSIONAL' pemain Singapura. Nak main bola atau nak berdrama? sentuh sikit dah rebah, dah sakit, mcm kulit hampa tu selembut kulit bayi. PUIHHH!!!
SingaPURA? terkenal dengan sikap PURA-PURA!
Memang terdapat beberapa kelemahan di barisan pertahanan negara, tetapi kesalahan bukanlah 100% ke atas depa. Cuba melakukan yang terbaik dihadapan lebih 85,000 penyokong. Khairul Fahmi aka Apex beraksi cukup cemerlang walaupun dikhabarkan mempunyai masalah peribadi (bergaduh dgn tunang). Namun aku puji keprofessional Apex. 
Safee Sali. Igauan buat setiap pertahanan lawan. Cukup jitu dan padu di hadapan gol. Hasilnya, sebiji lagi gol daripada beliau. 
Ada beberapa percaturan yang agak membingungkan aku. Ismail Faruqi, adakah sudah cukup bersedia utk mengemudi barisan tengah iaitu bahagian paling penting dalam menjana serangan. Aku akui kemahiran dia, tapi mungkin teruja dpt bermain kesebelasan utama, sikap tamak @ main sorang2 perlu dihakis. Apa guna rakan pasukan?
Ahmad Fakri, adakah dia supersub? main xdan setengah jam kena kad merah. Tak perlu ada dalam skuad. Di mana Badrol Bakhtiar? Di mana Ashaari Samsudin? Di mana Joseph Kalang T? Di Malaysia ni masih ramai bakat2 yang lebih berwibawa daripada Fakri. Minta maaf kepada penyokong beliau.
Mahali Jasuli, hang rasa hang dah cukup STAR selepas persembahan meyakinkan pada AFF Suzuki Cup tempoh hari? Hang silap! tu ja aku nak kata. yang lain pikiaq sendiri.
Namun pujian aku adalah kepada S.Kunalan dan Amirulhadi. Hampa dua mmg terbaik! Aku puji sikap hampa yang tak putuih2 cuba bagi the best dan yang penting, RAJIN!
Yang perlu diperbaiki adalah kawalan bola, tahan bola dan juga passing bola. tu semua asas untuk bermain bola sepak. Jangan sampai aku bagi hampa semua sorang satu buku 
HOW TO PLAY FOOTBALL FOR DUMMIES