Format Liga Malaysia untuk musim depan, 2012, membenarkan kembali pemain import. Haihhh sat bleh sat tak bleh. Macam2 hal lah! Tapi kali ni hanya 2 pemain import dibenarkan namun bukan semua pasukan diwajibkan, bergantung kepada kemampuan pasukan tu juga. Kalau tak mampu, amik ja mat bangla cuci keta, mat indon buat rumah ka.

Lagi satu yang menarik perhatian adalah kembalinya pasukan 'singa' setelah hampir 17 tahun menyepi dari persada liga Malaysia. Perjanjian yang dimeterai oleh FAM dan juga FAS adalah dengan membenarkan pasukan Harimau Muda beraksi di Liga Singapura manakala pasukan Young Lions akan beraksi di Liga Malaysia.

Paling best apabila format jumlah pasukan di Liga Super dikekalkan menyaksikan pasukan kesayangan tuan presiden, Pahang turun ke Liga Perdana buat pertama kali setelah beberapa musim di'selamat'kan. Perlis juga ikut serta dengan Pahang me'meriah'kan Liga Perdana. Manakala PKNS dan Sarawak kembali ke Liga Super. TAPI!!! Masih ada sisa 'perjuangan' dari tuan presiden apabila Harimau Muda A tidak lagi beraksi dalam liga Super musim depan, bermakna ada kekosongan satu pasukan. Penentuan sapa yang akan isi kekosongan tu ditentukan melalui play-off antara PAHANG dan Sime Darby. Hmmm telus?adil? pikiaq sendiri!

Walaupun import kembali ke persada Liga Malaysia, adakah pasukan akan kekurangan bakat penyerang tempatan pula lepaih ni? Semuanya bergantung kepada pemain itu sendiri. Yang mahu berjaya akan terus berjaya insyaAllah.
Semoga Liga Malaysia lebih meriah musim depan.

*Adakah Nelson kembali ke Kedah? atau ke Negeri Sembilan? atau tak mai langsung?