Nur Kasih The Movie
Semalam aku dah pi tengok cerita Nur Kasih The Movie ni. Filem yang mengisahkan rentetan hidup Nur Amina, Adam & Aidil selepas berakhirnya versi drama yang menjadi fenomena di kalangan rakyat Malaysia satu masa dulu. Sinopsis filem ni hampa buleh cari sendiri kat laman web lain, sebab aku malas nak cerita. hahaha. Aku cuma nak komen saja...

Plot/Jalan Cerita: Bagi aku tidak la terlalu berat untuk dipikiaq dan difahami. Jalan cerita yang mudah untuk difahami, cerita disebalik penceritaan, flashback. 
Sinematografi: Pujian aku bagi untuk cerita2 arahan kabir bhatia ni. Scene, angle mmg superb. Tambah plak dgn lokasi pengambaran yang Subhanallah cantik gila tempat2 yang ditunjukkan. 
Teknologi: Mungkin Kabir Bhatia perlu belajar lagi mengenai teknik CGI yang nampak lemah. Mcm tgk game. Babak letupan dan keretapi, scene Adam & Nur sampai turun dari bas dan ke masjid, terlalu ketara CGI yg ditunjukkan.
Pelakon: Watak2 utama masih lagi tidak berubah, dan kemunculan watak2 baru mmg menarik dan boleh dikatakan berjaya menghidupkan cerita. Syabas dan tahniah aku ucapkan. Aku mmg suka tgk Mia Sara, comey cute....*harap dpt anak comey mcm Mia...x gitu Puan Niza?
Susunan muzik: Aku x pandai komen, hahahah...tapi Hafiz Hamidun aku bleh katakan pandai jugak la bermain muzik dgn situasi.
Rating: 3.5/5. Tak rugi bagi peminat cerita Nur Kasih ni.