Kongsi: Lu Langsi Lu Mati
Sebelum tayangan mmg aku teringin nak tgk pasai cerita ni berunsur komedi/lawak. Sapa x kenai Shaheizy Sam. Pelakon Paling Popular 2010, lakonan komedi yang mmg semua org tau dah macam mana. So harapan aku adalah cerita ni akan menarik la. Tapi filem ni ada kelemahan yang ketara pada plot penceritaan.Sangat teruk. Apa dah jadi Farid Kamil? Xkan nak fokus pada lawak Sam, Azad & lain2 saja? MENGECEWAKAN. Memang ramai yang akan kata, 

"setinggi mana harapan terhadap filem Melayu ni? Jangan harap terlalu tinggi." 

Cerita mengisahkan seorang pemuda dari Thailand bernama Tumulak (Sam) yang xtau apa punca (mungkin jadi pembunuh upahan) mai Kuala Lumpur nak bunuh abih geng kongsi gelap 1Malaysia. hahaha. Aksi Sam mmg menarik, gaya Ninja Assassin yang ditunjuk disertakan dgn komedi mmg menarik. Nak layan gelak boleh la tgk cerita ni. Cuma plot yg agak mengecewakan. Selebihnya hampa tgk sendiri dan nilai sendiri la noooo..

Rating: 2.5/5