Semalam diumumkan harga gula di pasaran naik lagi 20sen. Terima kasih kerana memahami masalah kesihatan orang ramai berkaitan gula ni. *mata ke atas, tangan ke dada*
Tapi di sebalik mengurangkan penyakit diabetes dikalangan rakyat Malaysia yang kaya raya *mata ke atas, tangan ke dada* ini, gejala penyakit tekanan darah tinggi semakin meningkat. Ini kerana tahap tekanan di sebalik duit yang banyak *mata ke atas, tangan ke dada* berjaya dipergunakan sepenuhnya. Minyak ada gred, RON97 & RON95, yang naik cuma RON97. Bila gula nak ada gred? hahahah. 
Yang kaya semakin kaya. Yang cuba2 nak kaya teruskan percubaan. Yang x berapa nak kaya, makan kaya ja la. Yang miskin, jangan cuba2 nak merompak! 
Pastinya restoran2 akan menggunakan alasan kenaikan harga gula ini untuk naikkan harga minuman. Sebelum ni gula x naik harga pun, depa naikkan harga minuman jugak. Lepaih ni bila orang pakat beralih minum ayaq mineral saja, ayaq mineral plak naik harga sbb harga garam mineral naik....hahaha.. buleh ka lagu tu? 
Sedaq la tujuan untuk mengurangkan penyakit diabetes akan meningkatkan penyakit darah tinggi dikalangan orang ramai. Tekanan berkenaan pendapatan semakin meningkat.
Perbelanjaan melebihi pendapatan.
Sendiri yang salah sebab lebih berbelanja ataupun tiada pilihan? Negara mengejar kemajuan, pendapatan isi rumah semakin mundur, tolong la selarikan. Ada paham???

seorang sahabat menulis di FB nya...
"lpas nie pagi2 p mekdi. curi gula paket dia. hahahahaha"