Gadis tolak cinta lelaki dibunuh



TUKANG masak yang dipercayai membunuh Ratna.


ALOR SETAR - Hanya kerana enggan berkahwin dengan teman lelakinya, seorang wanita berumur 23 tahun ditikam hingga mati di bilik sewa lelaki itu di Taman Mahkota, Jalan Stadium di sini malam kelmarin.
Mayat Ratna Sufizzah Riyanti Omar ditemui mati pada pukul 11 malam dengan kesan tikaman di perut, dada dan tangan.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan berkata, kejadian berlaku ekoran wanita itu menolak lamaran teman lelakinya yang berusia 50 tahun menyebabkan lelaki terbabit berang dan bertindak di luar kawalan.
"Suspek seorang tukang masak menyerah diri di balai polis di sini pukul 1.30 pagi dengan membawa pisau yang digunakan untuk membunuh mangsa setelah dinasihatkan oleh majikannya.
"Suspek mengenali mangsa sejak lima hingga enam tahun lepas. Suspek telah mempunyai keluarga di Johor," kata beliau di sini semalam.
Sebelum bekerja di sebuah restoran di Jalan Sultanah Sambungan di sini sebulan lalu, suspek pernah bekerja di sebuah hotel di Genting Highlands, Pahang.
Mangsa dari Kampung Balik Bukit, Tobiar, Pendang itu bekerja di sebuah kilang di Gurun sejak setahun lalu selepas menamatkan pengajian dalam bidang Sains Nukleas di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ogos 2010.
Awat hg buat lagu ni...hg dah ada keluarga..kalau org xmau tu, terima ja la dgn redha...x pasai2 neraka menanti hang...ni la jadi bila nafsu menguasai diri....