Salam.

Seperti yang semua sedia maklum, pemenang Anugerah Bintang Popular 2010 telah pun diketahui dan pemenang bagi kategori Bintang Paling Popular 2010 ialah Shaheizy Sam
Tahniah buat Shaheizy Sam.
Shaheizy Sam telah menewaskan Zizan, Faizal Tahir, Shahir.

Berikut merupakan Senarai Penuh Pemenang Anugerah Bintang Popular 2010:

Bintang Paling Popular - Shaheizy Sam
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Datuk Rosnani Jamil 
Penyanyi Lelaki Popular - Faizal Tahir
Penyanyi Wanita Popular - Yuna
Pelakon Filem Lelaki Popular - Shaheizy Sam 
Pelakon Filem Wanita Popular - Lisa Surihani 
Pelakon TV Lelaki Popular - Remy Ishak 
Pelakon TV Wanita Popular - Fasha Sandha 
Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular - Sixth Sense 
Artis Nasyid Popular - Rabbani 
Artis Komedi Lelaki Popular - Zizan 
Artis Komedi Wanita Popular - Norkhiriah 
Artis Baru Lelaki Popular - Shahir 
Artis Baru Wanita Popular - Ana Raffali 
Pengacara TV Lelaki Popular - Aznil Hj Nawawi 
Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana 
Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail 
Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana
Artis Mobile Popular - Sixth Sense
Tahniah kepada semua pemenang.

Apa yang cuba nak tulih kat sini adalah berkenaan perjalanan Siaran Langsung ABPBH2010 kali ni. Aku ni bukan lah pandai sgt bab2 teknikal, tapi tau la jugak sikit2. Ke mana hilangnya kualiti Siaran Langsung yang ditunjukkan oleh krew2 TV3 sebelum ini yang gah dgn Anugerah Juara Lagu dan lain-lain. Kesilapan demi kesilapan dapat kita lihat daripada lighting sampai la ke kamera. Bagi aku dgn acara sebesaq tu, SANGAT MENGECEWAKAN!
Sebab apa aku kata kecewa? 
1. Ada lebih dari sekali kesilapan krew kamera. Pada ketika Dynas, Jehan Miskin & Irma jadi penyampai, kalau hampa semua perasan kat Jehan ada bayang, hampa tau bayang apa? tu adalah bayang kren kamera (ala kamera yang selalu letak kat kren untuk shot jauh tu). Kat situ aku dah mula, apa kejadah krew kali ni? 
2. Pastu kalau setiap kali persembahan artis, kat belakang LED tengah ada stage cameraman yang dok menunggu que utk amik port kat atas pentas tu. apa yang jadi persoalan, kalau nak sembunyi, biaq sampai x nampak teruih. mmg slack abih.
3. Kadang2 aku tgk setiap cameraman mcm xdak komunikasi, bleh plak bila pertukaran shot kamera, subjek terlindung dgn kren? apa kejadahnya semua ni. Kren lebih cantik daripada artis ka utk ditayang kat TV tu?
4. Pada ketika tayangan calon2 untuk anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular kalau x salah aku, sound untuk bagitau nama2 calon tiba2 x dengaq, soundman buat apa?
5. Lighting aku rasa mcm ada problem skit, rasa mcm ada beberapa ketika gelap skit untuk disaksikan di TV.

Apa yang aku boleh puji adalah gandingan baru pengacara, Zizan mmg boleh jadi pengacara untuk acara sebegini, dgn lawak2 yg dia buat tu walaupun dah jadi common, tapi menghangatkan suasana jugak la. 
Pastu gimik penutup menampilan Johan (Abi Hurairah) & Usop Wilcha. mmg pecah perut aku gelak. terbaeekkk.

Kepada krew siaran langsung ABPBH2010, baik hampa buat post mortem betoi2. Memang imej korang dah tercalaq besaq. 
Tahniah buat Shaheizy Sam!!! lu bawak mak lu naik pentas mmg gua respek habih!