Cuti raya cina yg baru ni aku dan isteri terchinta pi 'honeybulan' yg pertama sejak kami bernikah pada sepuluhsepuluhsepuluh yg lalu. Tapi kami pi x jauh pon, pi Hatyai saja. Hampa tau dak Hatyai tu tang mana? Hatyai tu terletak kat Thailand. Aku cuma menggunakan border pass sahaja, bini aku ada pasport dia pakai pasport la. Kami pi 3 hari 2 malam. Dok kat V.L Hotel, dalam pekan Hatyai. So senang nak jalan2 kat pekan dia. Mai nak cerita skit pasai pi sana.

"Pada 31 Januari 2010, saya dan isteri saya, Nuranizawati telah bertolak ke Bukit Kayu Hitam untuk mengambil teksi pergi ke Hatyai. Kami dihantar oleh abang ipar dan kakak kami memandangkan kami tidak mahu meninggalkan kereta di situ. Setibanya kami di Changlun (tadi kata Bukit Kayu Hitam...hahaha), kami pon mengambil teksi untuk ke Hatyai. Bayaran yang dikenakan adalah RM65 sahaja. Pada mulanya kami menaiki teksi Malaysia, tetapi pemandu teksi tersebut cuma bawa kami ke Kompleks Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam untuk ditukarkan dengan teksi Siam pula. Jadi kami pon bertukar teksi dan bergerak terus ke Hatyai. Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam dari Bukit Kayu Hitam. Pemandu Siam tersebut menghantar kami terus ke hotel. Kami disambut dengan 'Sawadee kapppp' oleh penyambut tetamu V.L Hotel. Bilik yang diberikan amat baik sekali. Kami berehat sebentar dan kemudiannya kami keluar berjalan-jalan. Kami pun mengambil keputusan untuk ke Ice Dome menaiki teksi Siam dengan bayaran....(lupa la plak, nanti la sambung...hahah..nak tanya bini sat)"