"...balik daripada Ice Dome terus berjalan-jalan kat pekan Hatyai. Membeli pulut mangga, buah anggur & nasi beriani ayam Hatyai style (semua ini Halal ok). Kesemua gerai-gerai tepi jalan yang menjual makanan halal akan dipaparkan tanda halal supaya mudah untuk orang Muslim membeli makanan. PERINGATAN! McDonald Hatyai adalah tidak halal manakala KFC & Pizza Hut HALAL. Balik ke hotel untuk berehat. Setelah berehat sebentar, kami pon makan malam dengan makanan yang dibeli tadi. *Pulut mangga dia, ya Allah.....sedap yang amat! Pulut yang lembut ditambah dengan santan gula yang manisnya secukup rasa dan mangga yang manis elok* Nasi beriani ayam Hatyai style memang style rasa pelik sikit. Tapi not bad la. Maka selesailah hari pertama di Hatyai.

Hari kedua di Hatyai, pi sarapan kat Salma Restaurant. Ada nasi lemak, roti canai dan teh tarik! Selesai sarapan, pergi mencari agen untuk Songkhla Tour. Dapat la satu agen ni, orang Cina yang berasal dari Malaysia. 800Baht untuk ke 5 tempat menaiki kereta Honda. hahaha. Kami dibawa ke Sleeping Buddha (besaq gak la Buddha depa dok baring baekkk punya),Tinnasulanon Bridge "The bridge, which is the longest concrete bridge in Thailand, spans Songkhla Lake and is part of Highway 408."(kata Mr Google), naik feri ke Pantai Samila, tengok monumen bersejarah, pi kat monumen tembaga berupa duyung tepi pantai Samila (tempat feveret org pi Songkhla) dan kemudian balik ke Hatyai untuk mencari makan (lapaq baq angggg). Lepas tu naik Tuk-tuk, sejenis pengangkutan awam yg kecik comey, bayaq sorang 20baht untuk ke Bazaar. *panjang lagi ka nak abih cerita honeybulan aku nih* Waktu malam, makan lagi pulut mangga, bini makan pulut durian lepas tu minum ayaq nyioq, beli udang goreng. Lepas tu jalan2 lagi kat pekan tu. Tiba-tiba datang seorang mamat Siam mai tepuk bahu aku dan bertanya "alo bos, *tiger show* tonight? u want? *open all*!" tu dia.....aku pon menjawab "Don't want, don't want", bini sebelah dok sengih menandakan yang dia lega aku tak pi tgk *tayangan harimau* tersebut. hahahaha. Kami pon balik ke hotel dan menikmati tidur setelah penat berjalan.

Hari ketiga, kami pon balik. hahahaha. *TAK LARAT NAK CERITA DAH AIH*