Ada ka Part I??? hahahaha

" ...Kami pun mengambil keputusan untuk ke Ice Dome menaiki teksi Siam dengan bayaran 600baht. Kami agak tertipu memandangkan Ice Dome tersebut tidaklah sejauh yang disangka. Sampainya kami di Ice Dome, kami perlu membeli tiket masuk pula berharga 300baht untuk dewasa. Setelah membeli tiket, kami dibawa ke tempat mengambil jaket (hanya jaket & sarung tangan sahaja diberi). Setelah siap pakai, taklimat oleh 'amoi' Siam dimulakan. "Sawadee kapp, kung krai krung krai kraii..kap kap masuk kot pintu keluaq kot tingkap". Begitulah taklimat beliau yang kami langsung tidak faham sepatah halal pun. Kami cuma bergembira bergambar berdua. Setelah taklimat yang penuh informasi diberikan, kami pun dibenarkan masuk. Apabila pintu dibuka "Mak aihhh, sejuk nak mampoihhhhhh". Untuk makluman pada pembaca budiman sekalian, suhu tempat tersebut adalah -15 darjahcelcius. Sejuk bukan? Kami pun teruja bergambar memandangkan tiada orang yang faham apa yang kami berdua cakapkan dan kami juga tidak faham apa yang mereka cakapkan. kahkahkah. Setelah puas berada di dalam Ice Dome, kami ingatkan lama rupanya cuma sekejap sahaja. Aku pun cuba bertanya kepada pemandu teksi kami tadi yang setia menunggu "Can we go to Songkhla today?". Pemandu menjawab "Erk...kenot, car...engine kennot setat...brum brum brum...go back cas beteli". Aku berkata dalam hati "Celaka org tua Siam ni, tadi sebelum mai Ice Dome ni kata buleh bawak pi Songkhla". Jadi kami pun pulang ke pekan Hatyai......akan bersambung lagi..tungguuuuuuuu"