Hari Sabtu baru ni 22/1/2011 aku pi tengok cerita ni kat Cineleisure, Curve. Nak tgk gak la dah ramai kata best, seram, menakutkan dan blablalalalala. Sememangnya aku mmg agak x berkenan tgk mamat Syamsul ni berlakon, tapi disebabkan minat terhadap cerita2 hantu ni aku gagahi jua. Pi la tgk bersama lagi 4 org sahabat (bini x ikut pasai dia mmg sgt takut tgk cerita hantu, bawak ke mimpi katanya). Mai aku nak buat rumusan pasai filem Khurafat ni. Tiket wayang cerita khurafat ni berharga RM10.

Intro: pasai pa pi dok tunjuk yg tulis2, nama2 pelakon apa semua tu lama sgt? dah rugi RM1.20 aku masa tu. (ada lagi RM8.80)
Jalan cerita: tak berapa nak nampak sgt khurafatnya. Rugi RM2.00 (ada lagi RM6.80)
Prop: Cuba la hang buat cerita yg logik skit. Ada ka patut dok dalam opis x bukak lampu siling. Hospital tu x bayaq bil letrik ka? nak tunjuk suasana seram pon bukan tu cara dia. pastu masuk bilik mayat pon lampu ala kadar. Memang jimat letrik btoi. Konon2 nak timbulkan suasana seram. Rugi RM1.50 (ada lagi RM5.30)
Pelakon: Haaa yg ni xleh kata apa la. Syamsul mmg keraih. Lebih baik bagi David Teo belakon (mungkin lebih mengerikan). Hang igt hang dukung mayat ex-gf hang mmg cool abih arr? Liyana Jasmay plak mmg serius nampak mcm budak2, x sesuai jadi bini org. Rugi RM2.30 (ada lagi RM3.00)
Hantu: Hantu x takot langsung. Keja nak muncul secara mengejut. Tak dari tepi, dari bawah mcm Ju-On. paihtu dari ataih. bleh bajet dah dia nak keluaq kot mana. Rugi RM2.00 (tinggai lagi RM1.00)
Projektor wayang: hat ni antara penyebab duit RM10 aku rugi malam tu. buleh plak tiba2 projektor wayang tu terpadam sat. terlena ka apa org hat jaga menatang tu. xleh nak komen pjg filem tu pasai projektor terpadam sat. hahaha. Rugi RM1.00 (maka hanguih la duit RM10)

Kesimpulannya, kalau sapa2 yg mmg jenih suka terkejut2 ni mmg akan kata cerita ni best. Tapi bagi aku, masih byk kekurangan. Gua halalkan RM10 gua tu kat lu Syamsul. Aku harap lepaih ni hg jgn berlakon filem yg hg arah sendiri, gua lebih takut tgk lu dari tgk hantu. hahaha.
Mungkin ramai yg akan x puas hati dgn review aku pasai filem khurafat ni dan x mungkin ada yg akan kata "hang cuba buat sendiri filem hantu tengok, nak kutuk filem org". sebelum ada yg buat ayat mcm tu, mai sini aku jawab siap2 "hampa bagi kat aku bajet yg sama jumlahnya dgn bajet filem khurafat ni, baru aku buat"

Rating dari pandangan aku: 3.5 out of 10.
Sekian, terima kasih.