Anugerah Juara Lagu ke 25 dah pon menutup tirainya menyapu lantai. mana ada tirai daaa. Juaranya pon dah tau, Ana Rafali(AR)....apa dia? ANA RAFALI! hahaha. sapa sangka? aku pon x sangka cempedak jadi nangka. Lagu Tolong Ingatkan Aku diangkat sebagai Juara Lagu yg ke 25. Ada ramai lagi calon2 untuk Juara Lagu ke 25 kali ni, boleh dikatakan agak fight jugak kali ni. Tapi apakan daya, lagu berentak simple, mudah didengaq yg jadi Juara. Awat Ana Rafali bleh menang plak ni? Ada konspirasi ka? ataupun keputusan yg mmg dah ditentukan? (dengaq2 mcm tu la). Ramai sungguh org x puas hati dgn kemenangan Ana Rafali termasuk la bini aku. Aku nak kata puas hati pon x jugak, x puas hati pon x jugak, jadi blur bengong teruih. hahaha. Cuma jadi persoalan la ni, pemilihan Juara Lagu dipilih berdasarkan kriteria apa? meh aku bahagikan dari segi hadiah2 yg ada pada AJL......kebiasaannya:

1. Persembahan Terbaik - hmmm...semua org tgk persembahan Ana Rafali mlm tu, mmg bengong jugak aku tgk persembahan dia, apa motif pon xtau, terlalu abstrak sampai org x paham. Bagi la kat Faizal Tahir(FT) dgn lagu Hanyut dia yg dia pon hanyut dalam ayaq paihtu teruih lari pitching. hahaha

2. Vokal Terbaik - Ana Rafali nyanyi 'live' mmg kantoi. Agak kureng vokal dia, mungkin ketaq pasai 1st time AJL kot. Takpa la bagi Hafiz menang dgn lagu Noktah Cinta, penat2 hidup balik kena tembak, bagi pi la menang Vokal Terbaik.

3. Juara Lagu - panaih, mmg panaih untuk anugerah ni...susunan muzik? aku dgq mcm biasa ja susunan muzik lagu Ana Rafali. Memang la susunan lagu dia x berteraboq, tapi.....simple...biasa...susah utk dijadikan lagu yg akan diingati....mungkin sbb tu kot tajuk lagu dia Tolong Ingatkan Aku, nanti org dok bertanya "Lagu mana yg menang AJL 25?"....hahah "Tolong Ingatkan Aku, aku x igt la lagu apa"...Bagi aku ada beberapa lagi lagu yg mempunyai kebolehan untuk menang AJL.
  1. A.P.I - Pelita
  2. Drama King - Meet Uncle Hussein feat Black
  3. Sofea Jane - Black <--- x menang sbb tajuk lagu xdak kena mengena dgn lagu kot..
Nak komen lebih2 pon nanti org kata "Keputusan dibuat oleh JURI PROFESSIONAL"...tapi adakah keputusan tu btoi2 keputusan PROFESSIONAL??? dgn barisan juri yg dianggotai oleh salah seorang ahli band Ana Rafali ----> Andy Flop Poppy. keputusan pasti diragui. takkan nak panggil SPRM pi siasat kot...hahaha...Dengaq kata komposer Azmeer pon x setuju dgn kemenangan AR... Takpa la, benda dah jadi, dah dpt hadiah, dah bersih dah Stadium Putra tu. kot mana pon, Lihatlah papan Kenyataan, Pandang ke Depan, Kalau Terlupa sesuatu, Tolong Ingatkan Aku.

Apa yang pasti bagi diri aku, Faizal Tahir tak menang lagi AJL. hahaha..cuma dapat hadiah picisan dari kategori2 yg dipertandingkan bukannya JUARA LAGU. Cuba lagi tahun depan noo...jgn marah Pencinta Faizal Tahir sekalian....