Ten:Ten:Ten

Daisypath Anniversary tickers

Friday, October 29, 2010


Terima kasih Puan Niza

Hari ni mai keja bawak bekal. Bini bagi bekal, rasa mcm nk pi sekolah pon ada. hehehe. bini bekal sandwich sosej. terima kasih Puan Niza. Walaupun agak tekejut, tapi control buat muka cool. dah lama x bawak bekai2 ni. dulu kecik2 ada la mak buat. paihtu dah mai besaq gaban ni, xdaknya nak buat sendiri.

tapi la dah menikah, bini plak dok buat misi sedia bekai. terharu dan berterima kasih. harap lepaih ni ada nasi goreng ka, KFC ka, McD ka. hahaha.

*semalam hujan lebat, tidoq syok

Anda SUKA anda LIKE

Friday, October 22, 2010


Kedah + Kelantan + Bola + Keja

10 hari aku x update. xpa. bukan wajib pon.

minggu ni minggu perang dgn membe opis aku. maklum la membe opis ramai Kelate. ni semua Piala Malaysia separuh akhir punya pasai. Kedah vs Kelantan. "Dua pasukan yang mempunyai penyokong fanatik teramai di bumi Malaysia" *style Hasbullah Awang*. pasai dok cerita pasai bola dlm blog ni la blog aku ni kena blocked kat HQ opis aku *mcm byk plak term "blog"*. dem!

Apa kena mengena bola dgn keja? x nampak lagi ka kaitan? aku dah bg hint dah kat atas tu. keja aku bersangkut paut dgn Kelantan. membe opis ramai Kelantan. bukan setakat membe opis, bos aku pon Kelantan. *tapi xkan nak gaduh dgn bos plak kan?* Kalau Kedah menang esok, minggu depan final! Mudah-mudahan. walaupun aku dah menikah dan bini x minat bola *ada aku kisah?* aku tetap nak pi stadium kalau Kedah layak ke final. Semangat Hijau Kuning berkobaq2 dah ni sampai la ni pagi2 kat opis dok dgq radio Kedah FM online.

Keja aku byk jugak la yg x SIAP lagi. bila nak siap pon xtau. *SIAP yg x siap* . Wiken ni pon mcm nak kena buat keja ja jugak. huhuhu. apa la nasib badan *dah la gemuk, keja x siap lagi* *ada kaitan ka?*

Anda SUKA anda LIKE

Tuesday, October 12, 2010


TEN:TEN:TEN Beautiful Day

10.10.10

Tarikh keramat, tarikh pilihan selebriti mahupun angkasawan negara untuk bernikah.
Aku jugak x terkecuali! haha..

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan selamat diijabkabulkan oleh tok imam masjid jawi, penang. Sesudah perkataan tunaiiiiiiiiii(kali kedua) dilafazkan, maka SAH dan SAHIH lagi BENAR aku bergelar SUAMI kepada Nuranizawati Binti Fisol. Setelah hampir 7 tahun menyemai chenta, kami sah diikat sebagai suami isteri. (awat kali ni aku skema?).

OK. bab perasaan, mmg sebelum akad nikah tu ada rasa kasi gegaaaqqqq punya...jantung rasa mcm dok tepi mesin piling....ting tang ting tang alexander....hahaha...untuk pengetahuan semua aku TERpaksa lafaq akad sebanyak 2 kali...yaaa benar..2 kali...kali pertama x diterima sbb aku sebut mcm ni...

"aku terima nikah Nuranizawati Binti Fisol dengan mas kahwin SERIBU SERINGGIT tunaiiiii"

saksi pertama tak terima perkataan SERIBU SERINGGIT tu..huhuhu...xpa....kali kedua dgn nada lebih tegas (panaih pasai hat mola kena reject)...aku pon lafaz...

"aku terima nikah Nuranizawati Binti Fisol dengan mas kahwin sebanyak SATU RIBU SATU RINGGIT TUNAIIII!!!"

agak kasaq bunyinya bukan? hahaha...tapi diterima...mungkin saksi tersebut sudah berasa goyang dgn nada aku....hahaha...jadi alhamdulillah...selamat diijabkabul...aku malaih nak up gambaq dlm blog aku la..nak tgk...p tgk dlm FB aku....hahahaha...

Anda SUKA anda LIKE

Wednesday, October 6, 2010


Senarai semak sebelum...

1. Gunting rambut (baru nampak kemaih)
2. Clear(cukoq) jambang mambang
3. Hapai apa yg patut
4. Baju melayu sedia dipakai
5. Sampin!

Anda SUKA anda LIKE