Perlawanan akhir pusingan pertama Piala AFF Suzuki Malaysia lawan Indonesia

" If you are ashamed to stand by your Colours, you better seek for another Flag " - Mokhtar Dahari

Tarikh 26 mungkin jadi igauan untuk geng2 Indonesia...kena titik 3-0 habaq hangggggg...

Tunggu puan niza sampai dari penang dalam pkoi 330, balik rumah, puan niza mandi, makan dulu sat...lepaih tu pkoi 4 lebih skit gerak pi Bukit Jalil...sampai kat simpang Sri Petaling (lalu KESAS) ja nahhh!!! sudah jem! x bergerak plak tu...
" hampa sanggup jalan kaki x?" aku tanya kat puan niza & cik wahid...."x kisah" depa kata...
"ok kalau macam tu, kita parking kat tepi hiway ni la, ataih flyover tu" aku habaq kat depa...
pi la kat depan nak park tepi jalan tu, tgk2 semua dah penuh...."hmmm buat dabel lane la, satg sahih org len folo"...ok selesai parking...alang2 menyeluk pekasam, biaq sampai ke stadium nasional bukit jalil!

jalan kaki plak pi stadium, pi kat tangga LRT cari member aku, Red & Lan Rizaz (tukang beli tiket, terima kasih). ok dah jumpa depa, masa tu lebih kurang pkoi 6 lebih dah (setelah stuck kat jem awai tadi)... Masa untuk masuk ke dalam!!!

Ok, planning mmg nak dok level 2, level yg paling cantik view..masuk2 ja "tu diaaaaaa, penuh!"...jalan masuk pintu ni pintu tu...semua penuh2..last2 decide dok tingkat 1 la..agak ok la view la...janji bleh tgk...cuma lindung dgn geng rambut afro kaler biru....demmm!

Semakin dekat pkoi 8, semakin penuh...teruja! setelah sekian lama penyokong Malaysia x seramai ini, kali ni full house! yg x dapat masuk pon ramai lagi kat luaq....syabas rakyat Malaysia!


credit to o.w.n

1st half game mula2 rancak, paihtu makin slow skit...aku mula nak mengantok dah...tamat 1st half 0-0...

2nd half bermula, Malaysia bermula dgn rancak untuk mengawal permainan. Paihtu keeper botak Indonesia Markus keja dok protes pasai ada laser dok suluh muka dia (bangang jugak mamat hat dok main laser ni)...game terberenti dlm 5 minit gak la pasai pemain Indon keluaq tanda protes...paihtu pegawai2 FAM mula kalut, sampai presiden FAM turun bawah...keluaq la pengumuman jangan main laser atau game ditangguhkan! OK, pihak pasukan Indonesia puas hati, game disambung semula oleh pengadil...lepaih start balik, xdan 2 minit....GOLLLLLLLLLLLLLLLLLL!!!! gerakan cantik daripada Norshahrul Idlan Talaha memastikan Safee Sali skor utk gol pertama MALAYSIA! melompat mcm org gila la aku....bini aku sampai "mcm ni rupanya laki aku"...Indon mula tertekan, main kasaq...Malaysia semakin control game...dah main mcm Barcelona aku tgk..cayalah! GOLLLLLLL pulak dah! Norshahrul Idlan jugak punca dia, hg mmg terbaik la! Ashaari Samsudin skor utk gol kedua. Gol ketiga Safee Sali sekali lagi, tandukan yg mmg terbaik (bukan puji bila menang saja) hasil hantaran Mahali Jusali. Bergemuruh, berpesta, mcm org gila, naik hantu semua rakyat Malaysia! seronok x terkata...belagak sangat geng Indon ni...striker Uruguay depa haram xleh buat apa pon, juai jam buleh la...3-0!!!

Walaupun game dah habih, ramai rakyat x balik2 lagi, dok melompat berdendang seronok lagi, player2 mai bagi penghargaan kat supporters...SYABAS! SYABAS! SYABAS!
3 gol, bekalan yg agak selesa utk dibawak ke Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta untuk pusingan kedua...


Semoga pasukan Malaysia dapat pertahankan 3 gol atau tambah lagi!



"Ya Allah, Kau permudahkanlah permainan pasukan Malaysia, berikanlah kemenangan kepada pasukan Malaysia, sesungguhnya manusia yg takbur itu pasti akan rugi"