Assalamualaikom,
kom apa? kombat, bat apa? batmen, men apa? mentol, tol apa? tolak, lak apa? laksa, sa apa? satu, tu apa? tunang, nang apa? nangka, ka apa? kayu, yu apa?
haaa....jawab sendiri....hahahahaha

Cuti Tahun Baru Cina yang dimanfaatkan 'sepenuhnya'. Balik hari Jumaat mlm yakni malam Sabtu sampai di Jitra lebih kurang pkoi 345 pagi.

Sabtu: Dok di rumah sambil sembang2 dgn mak kesayangan. Malam aktiviti biasa, melepak dgn kawan2 sampai embun jatuh ataih pala.

Ahad: Hari yg ada 'aktiviti' penting untuk dilakukan bersama keluarga. Tghari, aku, ayah, mak, kak, abg ipaq & julia bergerak ke Nibong Tebal/Jawi menuju ke 'sebuah' rumah. Lebih kurang pkoi 3 lebih aku sampai kat 'rumah' tu. Disambut dgn gembira dan laksa yg sedap oleh 'org-org' kat sana. Persembangan pon bermula, sembang punya sembang barulah keluaq ayat mula dari pak aku tanpa berkias, direct teruih. "Macam ni la, alang dok sembang dah ni, kita bincang teruih la pasai nak p t****g nanti". Jawab 'org' sana dlm nada nervous plak, "Ha, buleh la". Maka perbincangan pon berlangsung (details dirahsiakan). Satu keputusan dapat dicapaikan dan akan diumumkan kelak. hahaha.
Balik dr 'rumah' sana, p singgah Queensbay, Penang. Saja bawak mak aku p jalan sana, mak aku x masuk Penang sejak dia pencen lagi, kesian dia kan. Tapi apakan daya, kedai2 yg buka dlm Queensbay tu buleh kira dgn jari pasai raya Cina kan. Pusing p pusing mai, boring teruih blk Jitra, tp singgah Stadium Darul Aman makan dulu.
Dah sampai, mandi rehat2 sat, keluaq plak p pekena embun dgn member2 kat mapley.

Isnin: Mangkit pkoi 10, sempoi! mesej awek terchinta tny nak p ka dak cari butik p**g*****n, dia dok gaduh baziaq duit la apa la, bekelai p bekelai mai, last2 pkoi 11 lebih aku p amik dia p jalan2 kat Parit Buntar cari butik p**g*****n. Pastu sampai pkoi 2 dok survey, blk umah dia, tunggu mak dia blk keja baru mkn tghari. Pastu tunggu abah dia plak blk keja, gerak p Sg Petani, p tgk umah baru yg dibeli oleh mak abah dia. Lepaih tu baru celapak blk Jitra. Sampai ja umah, dgq kak aku dan mak aku dok kalut call aku x dpt. mmg x dpt arr pasai aku x sedaq pon nset aku xdak line. haihhh. Paihtu sengap2 p jengoi muka kat dapoq, kak aku terkejut "HAAA TU DIA". Lepaih tu baru tau depa nk mkn besaq kat restoran tomyam. BEST! p la makan ramai2, dua keluarga besaq. Dah selesai mkn, blk umah kat pkoi 10 mlm dah, rehat2 sat, mandi, keluaq pulak p main futsal bersama kawan2. Lama aih x main, seronok rasanya main walaupun sepak bola mcm org baru belajaq main pasai dah lama x main. hahaha. Abih futsal, p lepak kena embun la mcm besa.

Selasa: Hari bertolak blk ke KL. P amik awek aku n adik dia sekali. Bertolak dr Jitra pkoi 1.45ptg, sampai umah awek aku pkoi 3.30ptg. Bertolak dr umah awek aku pkoi 5ptg. Jalan jem skit tapi x seteruk dulu. Sampai kat RnR Tapah pkoi 830. Makan siap2. Pastu bg awek aku drive plak. lenguh kaki dah aih. Keluar RnR jalan agak jem dan bergerak slow. Xpa awek aku bawak. Masa untuk aku tidoq. Pastu sedaq2 dah sampai Bukit Beruntung. Awek aku ni bawak keta, mcm aku bawak. Deraih nak mampuih. Last2 dia drive sampai Mutiara Damansara. Lepas tu aku sampai ke Setiawangsa lebih kurang pkoi 12tgh mlm.

note: detail akan diumumkan kelak (kelak tu kira lambat lg la). hahah