Ten:Ten:Ten

Daisypath Anniversary tickers

Friday, October 30, 2009


k a n t o i



K A N T O I by Zee Avi

Semalam I call you, you tak answer

You kata you keluar pergi dinner
You kata you keluar dengan kawan you
But when I call Tommy, he said it wasn't true
So I drove my car pergi Damansara
Tommy kata maybe you tengok bola
Tapi bila I sampai you - you tak ada
Lagilah I jadi gila

So I call and call sampai you answer
You kata 'Sorry sayang, tadi tak dengar'
'My phone was on silent - I was at the gym'
Tapi latar belakang suara perempuan lain

Sudahlah sayang I don't believe you
I've always known that your words were never true
Why am I with you - I pun tak tahu
No wonderlah my friends pun tak suka you

So I guess that's the end of our story
Akhir kata, she accepted his apology
Tapi last last kita dapat tahu she was cheating too
With her ex-boyfriend's best friend - Tommy

Anda SUKA anda LIKE

Tuesday, October 20, 2009


KEBANGGAAN

Sekolah Kebangsaan Jitra!!!
Yeahhhh!!!




SKJ sekolah yang tercinta.
Telah berjaya dan berjasa.

Kepada bangsa dan negara.

Sentiasa maju jaya.

SKJ tempat mendidik kita.

Taman asuhan anak bangsa.

Semoga kita kan berjaya.

Dalam membangun negara.

Mari kita sama-sama.

Bina bangsa Malaysia.

Mari kita terus maju dengan semangat bersatu.

Kuatkan semangat kita semua.

Buktikanlah kemampuan kita.

SKJ lah pelita ilmu.

Bergerak ke mercu jaya


---------------------------------------------------------------------------------------

Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra
Terbaeeekk!!!


ILMU PANDUAN HIDUP

Bangunlah para warga
Berazam ingin maju
Pastikanlah berilmu
Kerana masa muka
Cekallah berkembara
Bertekad jaya pasti
Untuk nusa dan bangsa
Bukti cinta abadi
Duhai warga belia
Bersamalah berbakti
Bina tradisi murni
SMJ tahta jaya
Berilmu dan berjasa
Berdisiplin bersatu
Tegakkan cita-cita
Ilmu panduan hidup

Anda SUKA anda LIKE

Wednesday, October 14, 2009


Kau dan Aku

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa- dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri..
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3. anak perempuannya
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita .....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin....maka dengan keistimewaan itu,

JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya.

supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..
"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya..(Ali- Imran:103)
Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Anda SUKA anda LIKE

Thursday, October 8, 2009


Bekerja dengan Jentera

Dah 2 hari bekerja dalam jentera...bas dan trailer...hahah....mcm kawan dgn Transformers....hari ni kena p standby lagi....2 org nak standby 3 tempat....bas..trailer aka Bicuspid...klinik....jenuh la...xpa..cabaran untuk masa depan....mari bekerja ber'sungguh2'....hahaha

Anda SUKA anda LIKE

Wednesday, October 7, 2009


Azril

Post sebelum ni ada aku cerita pasai Sham Oldies yg suka sgt baca blog aku kan...ni adalah entri khas kesinambungan daripada post blog si Rawn (Sham...). Credit to Rawn sebab memulakan...

Ok...cerita pasai Azril ni...dia ni sebenaqnya suka sgt dgn UiTM....dia masuk UiTM Shah Alam awai dari aku....dia amik BizCom...tp xtau la pasai pa dia x brp berkenan dgn course tu...coiihh tiba2 ada dlm kelas aku....dia ni pelik skit...bak kata Rawn la kan....suka mengextendkan diri dia kat UiTM tu....igtkan extend sbb cari awek (mungkin ada juga kot plan dia)...tp aku hormat dia sbg org tua...hahaha....dia ni baguih....henpon x pakai masa aku kenai dia...dia kata xdak awek buat apa nk ada henpon....pelik kan dia ni....tp la ni dia dah pakai henpon...mungkin sbb kat tmpat keja dia kat Media Prima tu byk aweks cun!!! dia dah sedaq kot kepentingan henpon untuk mengorat aweks cun....setahu aku dia ni masih SINGLE dan AVAILABLE...so sapa2 rasa bekenan tu buleh la try....KECUALI awek aku (AMARAN KERAS!)....hahaha...ok.....maybe ada sambungan di blog lain plak kot....

You Are The Best Azril aka Sham!!!

Anda SUKA anda LIKE

Tuesday, October 6, 2009


Dah Lama Dah

Rasa mcm agak lama dah aku x update blog ni....tapi raya kan sebulan....tu yg saja biaq tu.....
tapi bila dok buka tgk post sama ja boring jugak...tambah si Sham Oldies tu.....dia tu rajin baca....paihtu satg gaduh la x update blog...apa yg hg seronok baca pon xtau...
Aku ni makin hari makin malaih...nk kata tua sgt tu x la sampai tahap malaih nk pencen dah...hahaha....tp serius malaih gila babeng.....adehhh.....aku akan cuba up blk kerajinan aku.....yoshhh!!!

Anda SUKA anda LIKE