Dunia semakin canggih, semakin maju. Tetapi dalam kecanggihan dan kemajuan teknologi, adakah kita patut lupakan tradisi yang telah lama bertapak di muka bumi ini? Sedarkah kita, dalam kemeriahan kita nak menyambut Aidilfitri, kita semakin lupakan satu tradisi yang dahulunya amat popular.Ingatkah kita kepada KAD RAYA? Dulu, bila menjelang Syawal pastinya kita akan kelam kabut pergi ke pasaraya mahupun bookstore untuk mencari kad raya. Tak kira kad raya yang kecil, besar, bermuzik mahupun berlukisan kartun.Namun sekarang tradisi tersebut semakin lama semakin terhakis. Posmen yang dulu kerjanya akan bertambah berat bila menjelang Aidilfitri, kini sepi. Dulunya, berkeping-keping kad raya kita akan dapat dalam satu hari, sekarang hanya surat bil-bil utiliti sahaja yang banyak.
Sekarang, dengan kecanggihan teknologi, dunia tanpa sempadan, tidak perlu lagi posmen mengerah kudrat untuk menghantar kad raya yang sangat banyak ke rumah-rumah. MMS, E-Card, Email mahupun Facebook adalah pengantara terkini sebagai pengganti diri untuk memohon ampun dan ucapan Selamat Hari Raya. Alasan yang diberikan adalah kaedah lebih pantas dan murah jika dibandingkan dengan pembelian kad raya dan tempoh penghantaran oleh posmen. Tetapi Kad Raya masih lagi mempunyai nilai-nilai sentimentalnya yang tersendiri. Sememangnya MMS,E-Card, Email ataupun Facebook dapat menghantar kad raya elektronik yang lebih cantik dan dapat memuatkan MP3. Sekarang POS Malaysia pun terpaksa buat promosi hantar MMS dan pihak POS akan cetak/print MMS tersebut dan dihantar ke penerima secara tradisi. 

Adakah kita harus terus menerus melupakan tradisi penghantaran kad raya ini?