VS



17 & 18 Julai 2009:
Akhirnya aku dapat tgk team feveret aku Manchester United(MANU) beraksi di Malaysia menentang pasukan Pilihan Malaysia (Harimau Malaysia). Pada 17/7/09, aku dan bdk2 opis aku kuaq opis awai, dalam pukoi 4 camtu la (atas kebenaran bos arr kwn2) untuk tgk kemunculan team MANU kat Stadium Nasional Bukit Jalil. Depa ni buat training dulu pada 17/7 tu. Igtkan org x brp nak tgk training nih..haha... Rupa2 nya ramai jugak org, ada kat 40ribu gak la. Hanya Michael Owen sahaja pemain baru yang dibawa untuk Jelajah Asia ni. Obertan dan Valencia x mai pon sbb injured termasuk la beberapa pemain lama MANU mcm Vidic, Park Ji Sung, Hargreaves.

Pada 18/7/09, hari game.. plan sebelum ni nak p tgk dgn awek, tapi awek injured plak (rujuk post kat blog dia). So aku ajak abg ipaq aku p tgk walaupun dia Arsenal. hahah. Kami pon dgn rasa heronya kuaq pkoi 1600 padahai game pkoi 1730. Masuk MRR2 dan xdak jem..wahh sudah seronok sbb x jem. Tapi dalam pkoi 1625 dah sampai kat exit Kompleks Sukan Negara, nahhh haiiihhhh.. jem tarak hengat punya.. terkandas kat exit saja sampai pkoi 1705...tu belum kuaq exit lg...perit2...last2 tanpa pikiaq panjang (member opis ckp parking dlm dah full) aku pon belasah parking tepi hiway btoi2 kat exit tu. jauhhhhh wooo nak jalan p stadium (exercise menjamin kesihatan). Dah jalan punya jauh, masuk stadium ja...WOW!!!! full!!! selalunya org ramai mcm ni nak call org pon payah, line tpon jadi busy. jenuh nak cari tempat duduk... try jugak call bdk opis aku pasai dah suruh depa simpan seat, hehe...call byk kali gak la..last2 dpt...lega ada tempat duduk...syokkk....tapi panaih skit la...maklum la main ptg....kena plak btoi matahari dok panah baik punya....



Nak cerita ka pasai game??? x payah la kot...cuma kredit dan tahniah utk Amri Yahyah atas sumbangan 2 gol yang gol pertamanya sungguh menakjubkan. Syabas juga utk keseluruhan team Harimau Malaysia!!! Anda boleh bermain sebenaqnya, cuma perlukan lebih byk latihan lagi. Apa pon, good game, good effort and good perfomance by both team. tapi game kedua aku x p pasai cukup la p tgk sekali. hehe

Game pertama: Malaysia 2 - 3 MANU
Game kedua : Malaysia 0 - 2 MANU

Overall, ada peningkatan permainan daripada team Malaysia, sbb apa??? sbb bersaing dgn pemain luar!!! FAM, hampa pikiaq la sendiri apa pentingnya pemain luaq aka import dalam liga Malaysia!!!!