Musim 2009. Musim yang menyaksikan semua pasukan dalam Liga Malaysia nak tewaskan Kedah. Ternyata 2 pasukan dah berjaya tewaskan Kedah. Selangor dan Negeri Sembilan! Kekalahan yg bukan skit tapi banyak! Tewas dgn Selangor 1-4 lantas gagal menjulang Piala Sumbangsih dan tewas 0-3 kepada Negeri Sembilan di Paroi. Ternyata ada sesuatu yg tidak kena dgn pasukan Kedah diawal musim. Coach masih lagi nak buat eksperimen kombinasi pemain yg mungkin membawa kepada kegoyahan pasukan. Aku masih tak puas hati dengan kesebelasan utama pasukan. Mungkin...mungkin pihak jurulatih boleh rencana balik guna formasi final Piala FA musim lepas. "You have to do something Azrai!!" . Memang aku sebagai penyokong setia Hijau Kuning kecewa yg teramat dan sememangnya kita x boleh nk harapkan kemenangan 100% sedangkan pasukan2 gergasi eropah pon pernah kalah. Tapi bila dah kalah mcm team lauk kenduri ja, pening pala gak tu....

Petikan Info Sukan, TV1 - 7 Januari 2009:
"....dulu "Double Treble", sekarang "Double Trouble"

"..Apa dah jadi, tak menang lagi"


Sekian luahan dari aku. Semoga team Kedah akan beroleh kemenangan kelak.