Ten:Ten:Ten

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, October 30, 2008


KEKASIHKU SERU II ???





Akhirnya Kekasihku Seru melabuhkan tirainya pada malam ini, 30 Oktober 2008. Syabas dan tahniah kepada semua krew drama bersiri seram ini terutamanya pengarah cerita ini Kabir Bhatia dan isterinya Mira Mustafa. Aku sememangnya peminat cerita2 hantu ni..mmg A++ la aku bg kat drama ni..dengan kecanggihan teknik yg dia pakai, mmg menaikkan rasa seram tu...
Aku nk cerita skit bab ending drama ni, mmg agak mengejutkan yg bila si Ayu (lakonan Kuza) p gatai tgn baca blk mantera nk bg hidup blk plak dah si Waris (lakonan Hairi Othman). Bila dia buat camtu, nampak sgt akan ada Kekasihku Seru musim kedua...huhuhu.....menarik2.....anak buah aku si Haikal tu tiap2 minggu tgk dgn aku....nak ganti Uncle Seekers tu kot...hehehe....minggu depan cerita Puaka Niyang Rapik plak dah...apa jenis seram plak xtau la...jgn mcm Waris Jari Hantu sudah....jadi rimau ja keja dia...hahaha....tp bukan Harimau Luka (sori no nizam)...hahaha....apa pon tahniah sekali lagi buat semua krew Kekasihku Seru dan juga TV3 sbb tayang cerita berkualiti ni. Aku akan tunggu musim kedua.
Yezzaaaaa Zaaasssss Layaann..

Anda SUKA anda LIKE

Tuesday, October 28, 2008


Malaysia oh Malaysia!




Pada hari Sabtu lepaih, 25/10/2008 aku p Stadium Nasional Bukit Jalil untuk p bagi sokongan terhadap pasukan bola sepak kebangsaan dalam perlawanan Akhir Pestabola Merdeka menentang Vietnam. Apa yang aku harapkan adalah Malaysia dapat control game, yaaaa memang team negara control game dan control stadium (mmg la sbb kita kan host game ni). First masa sampai kat kawasan stadium tu, igtkan x ramai....nah siap keta byk lagi kat situ..ramai woooo...walaupun x seramai perlawanan akhir Piala Malaysia. Tapi aku bkn nk cerita pasai penyokong ramai ka x ramai, yg aku nk ceritakan ni adalah sama ada team kebangsaan kita ni mempunyai jurulatih yg x brp nk cerdik ataupun pemain pasukan yg x brp nk bagus????
Sememangnya sapa la aku yg nk komen lebih2....tapi game mlm tu telah membangkitkan rasa ketidakpuasanhati aku terhadap taktikal pasukan kebangsaan... Harap maaf Sathia(coach malaysia) kalau aku nk marah lebih2 ni...cuma jgn plak tangkap aku masuk ISA plak... Apa kejadahnya taktikal yg hang guna game mlm tu... sememangnya team dah control game... tapi sbb apa hg ubah taktikal jadi taktikal sampah??!! Hardi Jaafar antara midfielder terbaik Malaysia setakat ini, pasai pa hg bawak dia keluaq? apa ada dekat Shukor Adan? passing bola pon x sampai, keja nk marah org. Shukor Adan ni x sepatutnya ada dlm team Malaysia dah.. Lepaih tu hg masukkan Ashaari, player muda yg semakin naik, tapi awat x letak dia kat depan..awat p tarik Indra masuk tgh?? Padahai awai tu hg dah nampak Indra hidup main kat tepi... Lepaih tu plak..hg bawak masuk Hairuddin... Hairuddin??? brp bijik gol dia score masa Liga Malaysia??? Dia banyak ubah tempo game..dari laju jadi slow...tapi hg nak menang...nk menang tp bawak masuk player lembab... Khyril Muhymeen...satu nama yg cukup popular di kalangan peminat2 bola sepak negara. Buktinya, sebelum dia masuk sbg pemain gantian, dari tempat dia dok warm up org semua dah sorak dia. Peminat mengharap pemain yg mcm dia. Bila dia masuk ja semua org sorak, dapat bola org sorak. Walaupun dia org Kedah dan aku juga org Kedah, bukanlah aku nk angkat pemain negeri aku sendiri tapi buktinya mmg dah nampak, semua org nak pemain yg mcm dia. Bleh pecah benteng lawan yg main taktikal berlakon dan buang masa yg bg aku mmg grade A++ la geng Vietnam main mcm tu.. Tahniah sbb anda semua adalah Pelakon Bola Sepak Terbaik yg pernah aku tgk. Abaikan taktikal Vietnam. kembali kepada kebengapan taktikal Sathianathan. Sathia...oooo Sathia...nak coaching bukan mcm tu cara dia... hg x bg semangat langsung kat pemain....yg hg tau...marah org....skit2 marah player...lama2 player boleh bengang kat hg tau x....

Pertahanan: Terbaik, berjaya mengawal keadaan dengan baik. Tahniah. termasuk la goalkeeper sbb mmg x smpi 10 pon cubaan pemain Vietnam.

Tengah: Teruk!!! Ketua yg teruk..Shukor Adan harus dibuang!!! Hardi Jaafar yg ok tu dikeluarkan. Memang terus hancoq tgh yg mmg dah hancoq tu.

Serangan: Tamak , cuba nk jadi hero/wira negara. Dapat bola masing2 semua nk score sendiri.

Jurulatih: Paling teruk! taktikal sampah! InsyaAllah Malaysia ada peluang menJARAKkan kedudukan dalam ranking dunia lagi lepas ni selagi dia ni ada lagi dlm team.


Suruh penyokong p stadium bg ramai untuk bg sokongan tapi bila dah p ramai, game plak teruk akibat taktikal jurulatih yg TERUK! Macam ni mesti org dah xmau p.
Malaysia ohh Malaysia.

Sekian kemarahan seorang penyokong bola sepak tempatan.

Anda SUKA anda LIKE

Sunday, October 19, 2008


B E R D U A L E B I H N A K A L

Sabtu, 18 Oktober 2008: Inilah akibatnya bila aku tgh ada mood nk amik gambaq dua org anak buah aku yang nakal ni. Macam2 aksi aku suruh depa posing. Si Haikal ni lebih mudah utk disuruh bergaya manakala si Julia ni plak x suka bergaya depan kamera aka camera shy. Seronok jugak dapat gayakan depa ni. Mana tau besaq2 jadi model. hehe. Tapi mmg memuaskan la sbb senang utk aku edit gambaq2 depa ni.

Aku jadikan ala2 poster filem. hahaha. Ni la hobi aku bila aku xtau nk wat apa. Cari gambaq yg shot dia chantek, pastu aku edit la.

Iklan: Kepada sapa2 yg nak aku edit gambaq, bolehlah mengirimkan gambaq anda.

Anda SUKA anda LIKE

Monday, October 13, 2008


P E L A N G I P E T A N G


pemandangan dari opis aku @ DTHO

Allah Maha Besar!
Lihatlah keindahan yg Allah ciptakan untuk kita semua. Menarik mata memandang bukan? Serakan cahaya akibat daripada air hujan yg disinari cahaya matahari ini berlaku pada petang 13 Oktober 2008. Serakan cahaya ini dikenali sebagai PELANGI. Opismate aku apa lagi, sempat la berposing nak amik gambaq ala2 cover album (Syapik la kata). Cuaca ptg agak gelap menandakan hujan yg lebat akan turun. Lihatlah sendiri ala2 cover album yg dicanangkan oleh mamat Syapik ni.

Anda SUKA anda LIKE

Monday, October 6, 2008


S E M I N G G U B E R H A R I R A Y A


Selamat Hari Raya

Setelah seminggu bercuti hari raya, akhirnya pulang ke kota metropolitan mencari rezeki. Kerja, kerja, kerja. Seminggu tu la jugak aktiviti menambah berat badan yg sememangnya dah berat ni. Makan ketupat, rendang, serunding, nasi tomata, nasi daging(nyam..nyam) dan mcm2 lagi la. Posa sebulan pon mcm x posa ja bila mai time raya ni. Makan melantak x igt dunia. ish2... Aktiviti bersama kawan2 pon main boling n melepak kat mapley yg semakin mcm cilaka servis depa. Sampaikan aku yg baik hati ni bleh marah2 kat dlm kedai mapley, siap jerkah(jerit) kat mapley yg lembab nak mampoih amik order. Bikin panas ja. Dah la x bukak astro, apa kejadah bukak TV1 kat restoran. X pandai amik untung langsung!!! (yg aku pon gatai nk tgk kat kedai, padahai rumah ada astro). Apa pon raya kali ni rasa mcm hambar ja. Raya umah membe2 pon brp kerat ja.

Aktiviti malam raya ialah menyerang gerai2 kek n kuih raya yg melakukan lelongan harga terendah. haha. Sempat jugak capai 3 bijik kek. Lepaih tu ronda2 jitra n lepak minum. Sejam lepas lepak minum, p lalu blk kat gerai lelong kuih raya tu, haaa amik...dah cerah..siap dah simpan meja...ish2 org jitra...sakan hampa nooo..

Raya kali ni jugak buat kali pertamanya aku memberi duit raya kepada anak buah n sepupu sepapat. Al maklum la dah keja. Tapi ada jugak yg aku x berkesempatan bg duit raya masa kat kg sbb aku tertdoq. Sedaq2 ja sepupu tu dah blk...hahaha..tahun depan la erk...

Akhir kata, Sambutan Syawal kali ni tidak semeriah dulu.
Salam lebaran dan Selamat Hari Raya Aidilfitri dari saya,
Jefrizal Bin Jaafar
.
Mohon ampun dan maaf zahir dan batin.

Anda SUKA anda LIKE