Sunday, August 24, 2008

D O U B L E - T R E B L E - C H A M P I O N




Tiada ungkapan lain melainkan TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!. Selayaknya Kedah mendapat pengiktirafan sedemikian rupa kerana usaha dan perit jerih pemain melaksanakan tanggungjawab dengan amanah dan penuh rasa bangga. Aku merupakan salah seorang puluhan ribuan penyokong bola sepak tempatan yang berada di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam 23 Ogos 2008. Perlawanan antara 2 gergasi bola sepak, Kedah vs Selangor. Penyokong hijau kuning seperti biasa datang secara rombongan tidak kira sama ada menaiki kereta, bas, motor mahupun LRT. Bila aku masuk ja dalam stadium, pergghhhhh ramai gila rakyat Kedah!!! Syabas dan tahniah buat semua penyokong hijau kuning yang hadir memberi sokongan padu. Satu kekecewaan melihatkan kehadiran penyokong Selangor yang amat sedikit. Ke mana menghilangnya laungan2 amaran dan sorakan padu gelombang merah kuning??? Perlawanan dimulakan dengan Selangor mengawal permainan seawal 20 minit pertama. Jaringan Frank Seator yang mendapat peluang hasil tangkapan kurang kemas Mie Yeh(penjaga gol Kedah) menggamatkan tentera-tentera merah kuning. Namun pasukan hijau kuning tidak berputus asa. Kedah kembali mendapat rentak dan berusaha menggandakan asakan demi mencari gol penyamaan dan menggamat stadium dgn lautan hijau kuning. Tiba minit 30, Nelson the MasterSkill, melorongkan through pass yg cantik buat penyerang prolifik, Marlon the Scoring Machine. Marlon tanpa segan silu merembat terus menerjah jaring menewaskan Sufian(penjaga gol Selangor). Gamat stadium dengan sorakan hampir 40000 penyokong hijau kuning. Masih lagi penyokong dibuai gol penyamaan dari Marlon, selang seminit kemudian tiba-tiba2 gerakan Meen dari sebelah kiri pintu gol Selangor seperti mendatangkan hasil, rembatan Meen terkena Ivan lalu melantun ke luar kotak penalti. Nelson the Master Skill datang dan terus merembat kencang dari luar kotak......WOOOOOOOO!!!!! Superb goal from Chile man!!! Terus menerjah jaring menggamatkan stadium sekali lagi. Pemain Selangor hilang punca!!! Kedah terus mengawal permainan, Selangor masih dibuai mimpi gol pertama dari Seator. Kedah terus mengganas. Kemudian kerajinan Badrol Bakhtiar mengejar Razman didalam kotak penalti Selangor membuahkan hasil lagi. Razman melakukan kesilapan apabila tidak membuang bola dari kawasan bahaya lebih awal. Badrol merebahkan badan bagi membuatkan hantaran silang di depan pintu gol, datang Fadly Baharom, pemain muda paling menyinar......GOLLLLLLL....bocor lagi gawang Selangor dalam tempoh 10 minit. Gamat sungguh stadium dgn lautan hijau kuning. Separuh masa kedua Selangor merapatkan jurang dgn jaringan Safee Sali tapi sudah terlambat...sudah terlambat wahai Selangor. Sudah tertulis dalam sejarah bola sepak Malaysia, Kedah memenangi kejuaraan Treble buat kali Kedua berturut2.....Sungguh terharu dan bangga menjadi anak jati Kedah. Angka 2 dan 3 menjadi angka igauan buat seluruh pemain Selangor. Tewas dengan jaringan 2-3 kepada Kedah. Angka 2 mewakili musim Kedua berturut2 Kedah menang dan angka 3 mewakili ketiga2 Piala utama dalam Liga Malaysia. 10 tahun mahupun 100 tahun mungkin tidak ada yang mampu mencabar atau memadam rekod cemerlang Kedah dibawah bimbingan Mastermind Azraai Khor Abdullah.

Aku sudah kehilangan suara akibat sorakan yg serius punya gembira!!! Kedah menang woiii!!! Sapa pon xleh nafikan kehebatan Kedah 2 musim berturut2....Sapa buleh cabaq???? Selangor yang menang Piala Malaysia 33 kali pon xleh buat apa....takat buleh jadi sejarah ja....Tahniah buat semua wira-wira Kedah.

Sedih untuk mengenangkan pemain-pemain import Kedah yang tidak lagi dapat beraksi musim hadapan akibat keputusan bodoh FAM tidak membenarkan pemain import beraksi dalam Liga M musim hadapan.

Buat pertama kalinya semalam aku 3 beradik (Aku, Abang aku, Kak aku, Abg ipaq aku & Anak buah aku 2 orang) p menonton perlawanan akhir Piala Malaysia 2008 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Betapa gembiranya dapat bersama keluarga menyaksikan kemenangan bersejarah ini.

Buat penyokong Hijau Kuning, berilah sokongan walau di mana dan apa jua keputusan terhadap pasukan kebanggaan kita, Kedah Darul Aman.
SYABAS!! TAHNIAH!!!

Monday, August 18, 2008

F I N A L P I A L A M A L A Y S I A 2008

VS

23 Ogos 2008 bakal menyaksikan pertembungan 2 pasukan yang mempunyai pengaruh penyokong paling ramai. Kedah yang merupakan juara bertahan akan memburu piala ketiga musim ini bagi melengkapkan kemenangan bergaya 3 piala, sama seperti musim lalu. Adakah sejarah baru akan tercipta dalam kancah bola sepak Malaysia?
Kehadiran penyokong yang mungkin juga akan menjadi sejarah, kerana kedua-dua pasukan mempunyai penyokong fanatik yang begitu ramai. Pastinya Stadium Nasional Bukit Jalil akan menjadi saksi puluhan ribuan penyokong kedua-dua pasukan yang bakal mewarnai stadium dengan warna Hijau Kuning vs Merah Kuning.
Perlawanan yang mungkin sukar diramal siapakah yang bakal bergelar juara mutlak Piala Malaysia 2008.
Jadi kepada penyokong Kedah, sama2 lah kita menyerbu Stadium Nasional Bukit Jalil pada 23 Ogos 2008 ini!!! Pastikan kejuaraan milik kita!! PULUN KEDAH PULUN

Friday, August 15, 2008

N E W E M A I L @ HKC.com


Aku ada pertambahan satu lagi email iaitu beralamat di jep_park@hijaukuning.com
Jadi hampa buleh la contact aku melalui email tu atau pon email biasa aku...mana2 pon orait saja...

Thursday, August 14, 2008

I LU S I @ N Y A TA



Cuba anda lihat gambar ini. Pasti hampa akan pikiaq gambaq ni bergerak bukan? Tapi yang pasti ianya adalah gambar STATIK!!! percaya atau tidak, inilah yang dinamakan ilusi. Sungguh menakjubkan bukan??? Boleh pening woo....tidak digalakkan untuk ibu2 yang mengandung...heheh...

Monday, August 11, 2008

T E M B A K S I B E R???


Barang baik memang la mahal....tapi barang ni x la mahai sgt...affordable lagi la....with 3.2mp...goodbye walkman era...heheh...now i switch to camera phone....for me its cool....photograph is my new hobby....really like to edit pic!!! pasai pa aku tulih omputih plak kali ni..ish2.....tapi impian aku untuk mendapatkan DSLR terpaksa aku ketepikan dulu....mungkin ada rezeki satu hari nanti akan aku capai sebijik!!!! Welcome K810i to my life.....

Sunday, August 10, 2008

3 1 O GO S 2 0 0 8: E R T I K E M E R D E K A A N



Setelah 2007 disambut dengan penuh warna warni dan penuh ceria setelah separuh abad MERDEKA, 2008 menjadi saksi negara Malaysia melangkah lagi dalam alam kemerdekaan. Kini kita sudah 51 tahun merdeka. Tetapi semakin hari semakin terasa mcm dah x berapa nk merdeka. Terlalu banyak perkara berlaku dalam negara. Sudah seminggu bulan Ogos, tapi macam tidak ada sambutan langsung, yang lebih diutamakan adalah Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh!!! Mana hilangnya semangat kemerdekaan yang dimegah-megahkan selama ini??? Bendera, kempen, semangat semuanya bagaikan sudah hilang ditelan arus politik. Yang akan lebih meriah adalah bendera-bendera parti politik masing-masing. Semoga kemerdekaan negara terus terpahat dan kekal aman dan damai. MERDEKA! MERDEKA!! MERDEKA!!!