Ten:Ten:Ten

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 31, 2008


Orange Sunshine on Refresh Stage! [Part 2]




Refreshment of Orange Sunshine : Day 2



Hari
kedua: Segala kemusykilan dah xdak..so aktiviti diteruskan oleh ADD Works..gear box aku telah dicat kaler silver...hahaha...nasib baik bukan kuning...tapi xpa...still buleh masuk lagi..cuci mencuci telah dilakukan hampir 65% ke atas semua benda alah yg ada kat enjin tu...ada lagi satu aku suruh depa tu buat..aku suruh depa cat aku punya cover intercooler..hahahah...kaler merah candy...harap2 cantik...gambaq cth ada aku letakkan sekali kat atas ni...ok..itu sahaja laporan untuk hari kedua...

Anda SUKA anda LIKE

Wednesday, January 30, 2008


Orange Sunshine on Refresh Stage!



Refreshment of Orange Sunshine : Day 1

Akhirnya
kereta aku aka Orange Sunshine memasuki ADD Workshop untuk fasa refreshment enjin yakni mengOverhaul enjin L2 aku....huhuhuh...semua ini duit...tapi bg mendapatkan kesegaran yg nyata dan menyegarkan, aku sanggup. hahaha...Dengan kepakaran dari pakar2 enjin Mira turbo dr ADD Workshop aku tidak ragu2 sgt untuk memfreshkan enjin keta aku tu..Terima kasih diucapkan kepada kawan aku, Redzmi dan x lupa jugak abg dia, Redza atas kesudian membawa aku ke bengkel ni....Gmbaq di atas adalah aktiviti mengeluarkan enjin drpd keta untuk dibuat pemeriksaan rapi dan juga membaraikan segalanya untuk aktiviti penyegaran...hehehe...aku harap dlm minggu depan sebelum raya Cina akan siap. Selepas itu keta aku akan fresh...fresh...fresh....yakni selepas pantang nanti, harap kepoweran sebenaq L2 akan terserlah...hehehe....ok la..setakat tu dulu laporan aktiviti 1 pada hari pertama.

Anda SUKA anda LIKE

Monday, January 21, 2008


Pembinaan Kerjaya Yang Agak Baik

Sempoi dak??












Belum pon cukup sebulan aku bekerja kat BIT Sdn Bhd ni aku dpt rasakan kemesraan staff2 kat sini yang amat mesra sekali. Yang paling best bila dapat pegi workshop "User Requirement Specification" bersama user untuk projek yg aku involve ni. Bestnya sbb buat kat 5 star hotel, Grand Blue Wave Shah Alam. Selama 5 hari aku mkn free kat hotel tu. Makanan yang mmg sedap2 belaka. Terima kasih jugak kat management company aku keja ni sbb bg peluang mcm ni.hehehe. Kemudian sempena family day company aku, didatangkan khas dari Acheh adalah anak2 yatim yg menjadi mangsa tsunami dan GAM.


Anak2 yatim ni adalah daripada sekolah anak yatim yg company aku punya. So budak2 ni mai kat opis aku, tersentuh la jugak hati aku tgk depa ni. Bukannya apa, nampak wajah keriangan disebalik kedukaan yg depa penah alami. Aku harap aku dapat curah bakti utk kerja2 amal,insyaAllah.

Anda SUKA anda LIKE

Thursday, January 10, 2008


1 Muharram Detik Permulaan

Salam Maal Hijrah 1429H / 2008M

Alhamdulillah, setelah 10 hari tahun 2008 menjelma kini tiba Tahun Baru dalam kalendar Islam, 1429H. Dalam keghairahan umat manusia bergembira menyambut tahun baru 2008, tak dilupakan juga kalendar Islam. Sempena tahun baru ini pastinya semua org ada azam baru masing2. Aku pon ada azam aku jugak tapi hampa x payah tau la kan. hahaha. Jangan kita terlalu ghairah dan gembira dgn kehadiran tahun 2008, kita harus bersyukur kerana kita masih hidup dan dipanjangkan umur. Semoga apa yg berlaku esok adalah lebih baik dari hari ini atau hari sebelumnya. Bersama2 lah kita menjana kegemilangan umat Islam di mata dunia.

Anda SUKA anda LIKE

Tuesday, January 8, 2008


BIT Futsal: Goalkeeper Bidan Terjun


Hari Ahad yg lepaih, 6 Januari 2008, company tmpat aku bekerja buat pre family day. Buat pertandingan futsal. So aku diletakkan berpasukan bersama2 dgn CEO!!! gila ka apa..dah la baru masuk ja company tu x smpi seminggu, dah kena team dgn CEO. Aku terpaksa jadi bidan terjun utk team aku, yakni aku kena jadi GOAL KEEPER!! sbbnya ahli team yg lain x dtg..so team aku ngam2 5 org, xdak reserve. Mula2 aku takut gak menghancurkan team aku, dah la CEO plak tu...Tapi keputusannya, team aku dpt no 3!! walaupun aku setiap game melepaskan gol.hahahah.Sampai bengkak betis aku sbb clash dgn player lawan.Tapi mmg best la futsal tournament ni. Lupa plak nk bgtau tmpat kami main, kami main kat HTO De Futsal Subang Jaya. Memang agak sempoi gak la court dia. Ok ni aku letak skit gambaq2 aksi aku yg ntah apa2..hahaha.

Anda SUKA anda LIKE

Monday, January 7, 2008


Bermulanya Kehidupan Baru

BIT Software Sdn Bhd

Di sini lah permulaan kehidupan aku sebagai orang yg bekerja, bukan lagi PELAJAR. Bahang alam pekerjaan mmg amatlah berlainan dgn dunia pendidikan aku sebelum ini. Tapi alhamdulillah, tempat bermulanya kerjaya aku ini, BIT Software Sdn Bhd yg terletak di Subang USJ 9 tidak begitu membebankan. Suasana yg amat frendly drpd staff senior amatlah sempoi sekali. Aku harap bermulanya kerjaya aku ini akan membawa aku mencapai impian aku.InsyaAllah.



Anda SUKA anda LIKE


Kedai Gambar

My own photoshop work

Ni antara koleksi gubahan photo aku yg aku buat masa aku xtau nk buat apa benda. Kiranya ni hobi aku waktu lapang.


Anda SUKA anda LIKE


Bermulanya 2008...

2008...

Tahun 2007 berlabuh dan 2008 menjelma sambil membawa satu kehidupan baru utk aku. Selamat tinggal alam pengajian (sekolah & universiti). Aku dah melangkah ke alam kerjaya dgn kadar masa yg sgt pantas. Habis saja tempoh pengajian aku kat UiTM, terus dapat kerja. Alhamdulillah. Cita-cita tercapai dan impian seterusnya akan aku gapai. Kenangan 2007 takkan dilupakan walau sedetik. Kepada kawan2 yg aku kenai, semoga kita bertemu lagi dan tidak lupa satu sama lain.



Anda SUKA anda LIKE