Selamat Hari Raya

Setelah seminggu bercuti hari raya, akhirnya pulang ke kota metropolitan mencari rezeki. Kerja, kerja, kerja. Seminggu tu la jugak aktiviti menambah berat badan yg sememangnya dah berat ni. Makan ketupat, rendang, serunding, nasi tomata, nasi daging(nyam..nyam) dan mcm2 lagi la. Posa sebulan pon mcm x posa ja bila mai time raya ni. Makan melantak x igt dunia. ish2... Aktiviti bersama kawan2 pon main boling n melepak kat mapley yg semakin mcm cilaka servis depa. Sampaikan aku yg baik hati ni bleh marah2 kat dlm kedai mapley, siap jerkah(jerit) kat mapley yg lembab nak mampoih amik order. Bikin panas ja. Dah la x bukak astro, apa kejadah bukak TV1 kat restoran. X pandai amik untung langsung!!! (yg aku pon gatai nk tgk kat kedai, padahai rumah ada astro). Apa pon raya kali ni rasa mcm hambar ja. Raya umah membe2 pon brp kerat ja.

Aktiviti malam raya ialah menyerang gerai2 kek n kuih raya yg melakukan lelongan harga terendah. haha. Sempat jugak capai 3 bijik kek. Lepaih tu ronda2 jitra n lepak minum. Sejam lepas lepak minum, p lalu blk kat gerai lelong kuih raya tu, haaa amik...dah cerah..siap dah simpan meja...ish2 org jitra...sakan hampa nooo..

Raya kali ni jugak buat kali pertamanya aku memberi duit raya kepada anak buah n sepupu sepapat. Al maklum la dah keja. Tapi ada jugak yg aku x berkesempatan bg duit raya masa kat kg sbb aku tertdoq. Sedaq2 ja sepupu tu dah blk...hahaha..tahun depan la erk...

Akhir kata, Sambutan Syawal kali ni tidak semeriah dulu.
Salam lebaran dan Selamat Hari Raya Aidilfitri dari saya,
Jefrizal Bin Jaafar
.
Mohon ampun dan maaf zahir dan batin.