Pada hari Sabtu lepaih, 25/10/2008 aku p Stadium Nasional Bukit Jalil untuk p bagi sokongan terhadap pasukan bola sepak kebangsaan dalam perlawanan Akhir Pestabola Merdeka menentang Vietnam. Apa yang aku harapkan adalah Malaysia dapat control game, yaaaa memang team negara control game dan control stadium (mmg la sbb kita kan host game ni). First masa sampai kat kawasan stadium tu, igtkan x ramai....nah siap keta byk lagi kat situ..ramai woooo...walaupun x seramai perlawanan akhir Piala Malaysia. Tapi aku bkn nk cerita pasai penyokong ramai ka x ramai, yg aku nk ceritakan ni adalah sama ada team kebangsaan kita ni mempunyai jurulatih yg x brp nk cerdik ataupun pemain pasukan yg x brp nk bagus????
Sememangnya sapa la aku yg nk komen lebih2....tapi game mlm tu telah membangkitkan rasa ketidakpuasanhati aku terhadap taktikal pasukan kebangsaan... Harap maaf Sathia(coach malaysia) kalau aku nk marah lebih2 ni...cuma jgn plak tangkap aku masuk ISA plak... Apa kejadahnya taktikal yg hang guna game mlm tu... sememangnya team dah control game... tapi sbb apa hg ubah taktikal jadi taktikal sampah??!! Hardi Jaafar antara midfielder terbaik Malaysia setakat ini, pasai pa hg bawak dia keluaq? apa ada dekat Shukor Adan? passing bola pon x sampai, keja nk marah org. Shukor Adan ni x sepatutnya ada dlm team Malaysia dah.. Lepaih tu hg masukkan Ashaari, player muda yg semakin naik, tapi awat x letak dia kat depan..awat p tarik Indra masuk tgh?? Padahai awai tu hg dah nampak Indra hidup main kat tepi... Lepaih tu plak..hg bawak masuk Hairuddin... Hairuddin??? brp bijik gol dia score masa Liga Malaysia??? Dia banyak ubah tempo game..dari laju jadi slow...tapi hg nak menang...nk menang tp bawak masuk player lembab... Khyril Muhymeen...satu nama yg cukup popular di kalangan peminat2 bola sepak negara. Buktinya, sebelum dia masuk sbg pemain gantian, dari tempat dia dok warm up org semua dah sorak dia. Peminat mengharap pemain yg mcm dia. Bila dia masuk ja semua org sorak, dapat bola org sorak. Walaupun dia org Kedah dan aku juga org Kedah, bukanlah aku nk angkat pemain negeri aku sendiri tapi buktinya mmg dah nampak, semua org nak pemain yg mcm dia. Bleh pecah benteng lawan yg main taktikal berlakon dan buang masa yg bg aku mmg grade A++ la geng Vietnam main mcm tu.. Tahniah sbb anda semua adalah Pelakon Bola Sepak Terbaik yg pernah aku tgk. Abaikan taktikal Vietnam. kembali kepada kebengapan taktikal Sathianathan. Sathia...oooo Sathia...nak coaching bukan mcm tu cara dia... hg x bg semangat langsung kat pemain....yg hg tau...marah org....skit2 marah player...lama2 player boleh bengang kat hg tau x....

Pertahanan: Terbaik, berjaya mengawal keadaan dengan baik. Tahniah. termasuk la goalkeeper sbb mmg x smpi 10 pon cubaan pemain Vietnam.

Tengah: Teruk!!! Ketua yg teruk..Shukor Adan harus dibuang!!! Hardi Jaafar yg ok tu dikeluarkan. Memang terus hancoq tgh yg mmg dah hancoq tu.

Serangan: Tamak , cuba nk jadi hero/wira negara. Dapat bola masing2 semua nk score sendiri.

Jurulatih: Paling teruk! taktikal sampah! InsyaAllah Malaysia ada peluang menJARAKkan kedudukan dalam ranking dunia lagi lepas ni selagi dia ni ada lagi dlm team.


Suruh penyokong p stadium bg ramai untuk bg sokongan tapi bila dah p ramai, game plak teruk akibat taktikal jurulatih yg TERUK! Macam ni mesti org dah xmau p.
Malaysia ohh Malaysia.

Sekian kemarahan seorang penyokong bola sepak tempatan.