Selamat Kembali!!!



Exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad memutuskan untuk kembali semula ke dalam Umno setelah dipujuk oleh beberapa pihak yang mahukan beliau kembali membantu memperkukuhkan Umno.

Beliau berkata hasrat itu juga disuarakan setelah bapanya menyedari dan mengambil kira pandangan banyak pihak yang menyatakan bahawa khidmat beliau sangat diperlukan dan untuk tujuan itu beliau perlu berada di dalam dan bukan di luar Umno.

Semoga dengan kembalinya TDM akan mengembalikan kegemilangan UMNO dan meraih kembali sokongan terhadap UMNO dan BN. Syukur Alhamdulillah. Semoga Malaysia terus aman dan damai.