Alhamdulillah. Majlis Berbuka Puasa CS230 Batch Dec 2005 kali kedua berjaya dilakukan walau kehadiran tidaklah seperti yang pertama dulu. Setelah bertelagah tentang pemilihan tempat akhirnya Restoran Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa menjadi pilihan. Pada awalnya senarai akhir adalah 17 orang, tapi last minute SMS from Haiza menyatakan dia dan Nik tidak dapat bersama atas sebab2 emergency menyebabkan hanya 15 orang sahaja yg bersama kali ni. Sangkaan aku tepat sekali apabila sememangnya orang ramai gila kat situ, nak parking pon payah. Makanan kat situ bolehlah......tapi aktiviti membelasah udang diketuai Sham amat menarik sekali. Walaupun makanan kat situ sekadar bolehlah....tapi keseronokan dapat bersama setelah ada yang hampir setahun tidak bersua mengubati segalanya.



tinggai kepala udang ja

Semua yg datang sudah bekerja dan ada yg bakal bekerja (Dee). Nuar datang bersama ceweknya, Mia. Arie dengan cewek jugak, Pah. Win dgn kakak @ kakak angkat dia. Yang lain datang beramai2 berkongsi kenderaan. Sham dengan gaya personaliti TV3 telah menarik perhatian sebahagian gadis CS230. Topik yang disembang apabila semua dah bekerja ni x lain dan x bukan adalah topik KAHWIN. hahaha. Arie dgn Nuar sembang bab kawin ja.. x lama dah la tu. Semoga cepat mengikat hubungan. Amin.


Aktiviti melambak makanan diketuai Sham

Sham pulak tiba2 tanya pasai Proton Persona kat Arie (beli la Sham, tny byk pon x guna). Qama agak sugul sebab Sebi dia x kuaq lagi. heheh... Aktiviti di Nelayan tamat pada jam 930. Selepas itu ada yang terus balik (ada yg terpaksa balik, Dee). Yang x balik lagi p melepak kat NZ Curry House plak. Minum2 dan sembang lebih kurang. Lepas tu semua balik lebih kurang jam 1200 tengah malam.

Terima kasih kepada semua yang datang dan menjayakan Majlis Berbuka Puasa CS230 Bacth Dec 2005 yang x seberapa ni. InsyaAllah tahun depan buat lagi. (bleh tukaq organizer plak kot)