VS

23 Ogos 2008 bakal menyaksikan pertembungan 2 pasukan yang mempunyai pengaruh penyokong paling ramai. Kedah yang merupakan juara bertahan akan memburu piala ketiga musim ini bagi melengkapkan kemenangan bergaya 3 piala, sama seperti musim lalu. Adakah sejarah baru akan tercipta dalam kancah bola sepak Malaysia?
Kehadiran penyokong yang mungkin juga akan menjadi sejarah, kerana kedua-dua pasukan mempunyai penyokong fanatik yang begitu ramai. Pastinya Stadium Nasional Bukit Jalil akan menjadi saksi puluhan ribuan penyokong kedua-dua pasukan yang bakal mewarnai stadium dengan warna Hijau Kuning vs Merah Kuning.
Perlawanan yang mungkin sukar diramal siapakah yang bakal bergelar juara mutlak Piala Malaysia 2008.
Jadi kepada penyokong Kedah, sama2 lah kita menyerbu Stadium Nasional Bukit Jalil pada 23 Ogos 2008 ini!!! Pastikan kejuaraan milik kita!! PULUN KEDAH PULUN