Setelah 2007 disambut dengan penuh warna warni dan penuh ceria setelah separuh abad MERDEKA, 2008 menjadi saksi negara Malaysia melangkah lagi dalam alam kemerdekaan. Kini kita sudah 51 tahun merdeka. Tetapi semakin hari semakin terasa mcm dah x berapa nk merdeka. Terlalu banyak perkara berlaku dalam negara. Sudah seminggu bulan Ogos, tapi macam tidak ada sambutan langsung, yang lebih diutamakan adalah Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh!!! Mana hilangnya semangat kemerdekaan yang dimegah-megahkan selama ini??? Bendera, kempen, semangat semuanya bagaikan sudah hilang ditelan arus politik. Yang akan lebih meriah adalah bendera-bendera parti politik masing-masing. Semoga kemerdekaan negara terus terpahat dan kekal aman dan damai. MERDEKA! MERDEKA!! MERDEKA!!!