At last, setelah hampir setahun tidak berehat sejak waktu aku belajaq dulu sampai la aku keja ni, waktu2 untuk berada di tepi pantai akhirnya terlaksana. Terima kasih kepada warga Komuniti CSArau yg merealisasikan impian aku untuk bercuti berehat setelah mengalami kepenatan otak yg melampau. Pulau Pangkor menjadi destinasi aku untuk berehat. Berehat bersama kawan2 amat la seronok sekali. Dapat bermain, bergelak ketawa, melepak dan berkongsi kisah hidup, sememangnya telah aku tunggu. Walaupun semua aktiviti memenatkan, sekurang2nya dapat melegakan otak aku yg dah agak nak crash dah ni. Pantai Teluk Nipah menjadi kawasan pilihan untuk beristirehat. Tempoh 2 hari 1 malam digunakan sepenuhnya utk release semua tensen yg aku tanggung selama +- setahun. Kegembiraan yg teramat sgt apatah lagi dapat bercuti bersama2 awek tersayang. Terima kasih kepada semua yg menjayakan Gathering Komuniti CSArau d' Pangkor ini. Next time we do it again!!!