MengHEPIkan!!!

Walaupun kena pada sidang petang, tetapi kemeriahan tetap dirasai apabila buat kali keduanya aku menaiki pentas untuk majlis konvokesyen setelah 2 tahun yg lalu aku naik mengambil diploma, sekarang amik ijazah pulak. Terasa baru kemarin ja aku naik pentas tu untuk majlis diploma. Kemeriahan kali ni lebih terasa sbb awek konvo sekali, cik niza. Disertai dengan kedua2 family yg memeriahkan majlis walaupun x cukup korum (ayah niza xdak kat mesia). Terima kasih kepada mak ayah serta family aku yg len yg memBESAQkan aku dengan jayanya(berjaya ka?). Terima kasih jugak buat kawan2 yg datang memeriahkan majlis. Terima kasih kepada family awek aku (mak dia, adik2 dia) yg memberi aku bunga dan CJ7(hahahaha). Walaupun sidang petang mmg aku x suka sbb x cukup masa untuk bergumbira lebih2 sbb nk kena hantaq jubah nanti depa denda. Tapi kepuasan tetap dirasai tatkala melangkah turun selepas mengadap si misai Ibrahim Abu Shah. Yang seronoknya adalah time ijazah kali ni aku x extend ...padahai awai2 tu ada rasa nk extend gak...tapi oleh kerana semangat yg mak ayah n awek bg, aku pulun kedah pulun sampai la berjaya. dan setelah berbelas tahun aku x pakai sampin akhirnya aku pakai sampin...wakakaka...rasa mcm nk kawin pon ada..hikhikhik... Terima kasih UiTM dan juga lecturer2 yg sanggup menerima aku yg x seberapa ni.