Salam Maal Hijrah 1429H / 2008M

Alhamdulillah, setelah 10 hari tahun 2008 menjelma kini tiba Tahun Baru dalam kalendar Islam, 1429H. Dalam keghairahan umat manusia bergembira menyambut tahun baru 2008, tak dilupakan juga kalendar Islam. Sempena tahun baru ini pastinya semua org ada azam baru masing2. Aku pon ada azam aku jugak tapi hampa x payah tau la kan. hahaha. Jangan kita terlalu ghairah dan gembira dgn kehadiran tahun 2008, kita harus bersyukur kerana kita masih hidup dan dipanjangkan umur. Semoga apa yg berlaku esok adalah lebih baik dari hari ini atau hari sebelumnya. Bersama2 lah kita menjana kegemilangan umat Islam di mata dunia.